awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kedai perabot dirempuh kereta meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
22/11/2021
02:27 MYT
Pekerja kedai perabot dirempuh kereta meninggal dunia
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang dirempuh dalam kejadian di sebuah kedai perabot di Jalan Lingkaran Tengah 2, Kampung Pasir, Ampang pada Ahad. -Foto Sinar Harian
AMPANG: Sebuah kereta merempuh masuk sebuah kedai perabot di Jalan Lingkaran Tengah 2, Kampung Pasir di sini pada Ahad menyebabkan seorang pekerja di kedai berkenaan maut.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, kereta jenis Proton Preve yang dipandu seorang lelaki dari arah Kajang menghala ke Raub, Pahang terbabas dan merempuh masuk premis berkenaan.
"Siasatan awal mendapati pemandu berusia 36 tahun itu pitam menyebabkan dia hilang kawalan semasa melalui jalan tersebut, lalu terbabas dan merempuh masuk ke dalam kedai berkenaan.
"Pemandu itu tidak mengalami kecederaan, bagaimanapun seorang pekerja kedai perabot berusia sekitar 20-an disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Ampang," katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, sampel darah pemandu kereta telah diambil untuk dianalisis, manakala keputusan ujian air kencing dan ujian pernafasan untuk mengetahui tahap alkohol adalah negatif.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," kata beliau.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rempuh kedai perabot
#Mohamad Farouk Eshak
#Proton Preve
#pemandu pitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan