awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang maut, motosikal bertembung lori

Sinar Harian
Sinar Harian
15/07/2023
08:39 MYT
Pekerja kilang maut, motosikal bertembung lori
Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori yang meragut nyawa seorang pekerja kilang di KM35 Jalan Temerloh Bahau pada Sabtu. - Foto ihsan PDRM
BERA: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 35 Jalan Temerloh Bahau di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 9.39 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Faris Halimin Azlin, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir memberitahu, kejadian melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR dengan lori jenis Rigid-Kargo.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang dipandu lelaki berusia 67 tahun dari arah Temerloh ke Triang mahu mengisi minyak diesel.
"Apabila tiba di lokasi kejadian lori itu dipercayai cuba memasuki simpang di sebelah kanan.
"Motosikal ditunggangi mangsa dari arah Kemayan menghala Temerloh berlanggar dengan lori terbabit di depan simpang jalan lama Triang Bahau," kata beliau dalam kenyataan pada Sabtu.
Ujar beliau, penunggang tercampak bersama motosikalnya dan akibat daripada kemalangan tersebut mangsa maut manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambah Zulkiflee, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu lori. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pekerja kilang maut
#motosikal bertembung lori
#Bera
#Muhammad Faris Halimin Azlin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan