awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang maut tersepit mesin penarik fiber

Bernama
Bernama
06/05/2023
03:15 MYT
Pekerja kilang maut tersepit mesin penarik fiber
Lelaki tersebut tersepit di mesin itu ketika sedang bekerja dan pihak bomba mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan mangsa. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang maut selepas tersepit di dalam mesin penarik fiber di dalam sebuah kilang di Jalan Kemuning, di sini hari ini.
Mangsa merupakan seorang lelaki warga Bangladesh dikenali Md Suruj Ali berusia 21 tahun mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor Zulfikar Jaffar berkata seramai 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.06 pagi.
"Lelaki tersebut tersepit di mesin itu ketika sedang bekerja dan pihak bomba mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.
"Mangsa yang mengalami cedera parah telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja kilang
#pekerja maut
#kilang
#tersepit mesin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan