Seorang pekerja kilang warga Indonesia cedera selepas dihempap runtuhan dinding yang runtuh selepas berlaku letupan di sebuah kilang memproses herba di Lorong Perusahaan Baru Tiga, di sini hari ini.
Mangsa, berusia lingkungan 20-an ditemui dihempap selepas gerakan mencari dan menyelamat dijalankan anggota bomba sejurus tiba di lokasi kejadian.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azmi Tamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.21 petang dan jentera pertama tiba di lokasi empat minit kemudian.
Katanya maklumat awal yang diterima berlaku kejadian letupan di kilang berkenaan tetapi ketika dalam perjalanan dimaklumkan bahawa turut berlaku kebakaran dan runtuhan bangunan.
"Berikutan itu, anggota terpaksa berpecah dua kumpulan sejurus tiba di lokasi kejadian apabila satu pasukan bertindak memadamkan kebakaran, manakala satu pasukan lagi menjalankan gerakan mengesan mangsa terperangkap.
"Mangsa kemudiannya ditemui dihempap kira-kira 10 meter dari kawasan letupan. Tempat mangsa berada dan lokasi letupan dipisahkan dengan dinding dan impak yang kuat itu menyebabkan ia runtuh dan menghempap mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Azmi berkata mangsa berjaya diselamatkan kira-kira setengah jam selepas kejadian dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.
"Ketika ditemui mangsa dalam keadaan dadanya dihempap dinding antara bahagian pengering bahan herba dipercayai tempat tercetusnya letupan dengan bahagian pembungkusan yang runtuh itu.
"Berikutan dinding terbabit terlalu berat, anggota bomba terpaksa menggunakan beg udara bagi mengangkatnya sebelum dapat mengeluarkan mangsa kira-kira pukul 1.58 petang. Dia dilaporkan stabil," katanya.
Katanya seramai 38 pegawai dan anggota bomba bersama enam buah jentera termasuk dua jentera pasukan Unit Bahan Merbahaya (HAZMAT) dikejarkan ke lokasi kejadian.
Azmi berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.
"Kejadian itu menyebabkan siling, cermin dan dinding di kawasan berkenaan runtuh serta pecah dan ia turut memberi kesan sehingga 30 meter di luar kilang berkenaan serta menyebabkan beberapa kenderaan yang diparkir berhampiran rosak," katanya.
Menurut saksi yang enggan dikenali ketika kejadian kira-kira 150 pekerja yang bekerja di kilang berkenaan sedang berehat waktu makan tengah hari dan mangsa dikatakan masuk semula ke tempat kerjanya seorang diri selepas selesai makan.
"Dia masuk semula ke tempat kerjanya bagi menyambung semula rutin tugasnya sebelum letupan berlaku. Kami yang berada di kantin lari menyelamatkan diri," katanya.
Pihak pengurusan kilang yang ditemui di tempat kejadian enggan mengulas mengenai kejadian berkenaan.
Bernama
Mon Aug 26 2013
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Raja Maghribi selamat jalani pembedahan akibat kecederaan bahu
Pembedahan dilakukan di Klinik Istana Diraja di Rabat oleh pasukan perubatan diketuai doktor peribadi baginda, Profesor Belyamani Lahcen.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Bicara kes cedera, khianat Norjuma bermula April dan Mei tahun hadapan
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Syed Saddiq cedera terlanggar dahan pokok tumbang ketika sertai Ironman Malaysia
Dipercayai kejadian berlaku semasa Syed Saddiq sedang melakukan disiplin berbasikal ketika hujan.
Ada kecederaan pada empat pelajar tahfiz, dipercayai melarikan diri - Polis
Rusdi berkata, tempoh kecederaan itu dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz itu, namun perkara tersebut masih dalam siasatan.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Ee Wei cedera dalam kemalangan tak diduga di gim ABM
Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei dijangka terlepas aksi Terbuka Artic di Finland dari 8-13 Okt selepas kemalangan tak diduga di gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) Selasa lepas.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 41,431, lebih 95,818 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan.
Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota EMRS dan dihantar ke hospital.