awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja ladang dipenjara tiga tahun, tiga sebatan tipu agensi pelancongan

Bernama
Bernama
23/12/2022
09:06 MYT
Pekerja ladang dipenjara tiga tahun, tiga sebatan tipu agensi pelancongan
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda. - Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja ladang dipenjara tiga tahun dan dikenakan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tiga pertuduhan menipu beberapa agensi pelancongan sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan tiket penerbangan berjumlah RM26,588.
Majistret Aina Azahra Ariffin, Wong Chai Sia dan Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, masing-masing menjatuhkan hukuman penjara setahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan ke atas T. Haans Raaj, 22, selepas lelaki itu mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.
Ketiga-tiga majistret memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu, dari tarikh tangkap pada 19 Disember lepas.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, B. Sareeka, Nur Hafiezah Mohamed Fauzi dan Nadia Eleena Jamaluddin Akbar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#tipu tiket penerbangan
#pelancongan
#Seksyen 420 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan