awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja Malaysia paling lama bekerja tapi masih kurang produktif - Laporan

Shafizan Johari, Amirul Awaludin
Shafizan Johari, Amirul Awaludin
04/01/2018
09:29 MYT
Pekerja Malaysia paling lama bekerja tapi masih kurang produktif - Laporan
Golongan pekerja di Malaysia direkodkan bekerja paling lama, dengan purata 15 jam lebih lama daripada waktu bekerja dalam tempoh seminggu. - Gambar fail.
Golongan pekerja di Malaysia direkodkan bekerja paling lama di rantau ini, dengan purata 15 jam lebih lama daripada waktu bekerja dalam tempoh seminggu.
Bagaimanapun golongan itu juga mencatatkan antara kerugian produktiviti tertinggi di rantau ini.
Hasil kajian Tempat Kerja Paling Sihat AIA 2017 mendapati lebih separuh (53 peratus) warga Malaysia berhadapan dengan tekanan di tempat kerja. Kajian berkenaan melibatkan 5,369 responden di 47 syarikat di seluruh negara.
Ia adalah sebahagian daripada lebih 10,000 responden yang dikaji di Hong Kong, Australia dan Singapura.
Kaji selidik berkenaan juga menunjukkan pekerja Malaysia tidak cukup rehat.
Dalam kaji selidik berkenaan, sebahagian (56 peratus) responden tidur kurang daripada tujuh jam sehari dengan 67 peratus daripadanya dilaporkan mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah tidur.
53 peratus golongan pekerja di Malaysia berhadapan dengan masalah tekanan di tempat kerja berbanding Australia (50 peratus) dan Singapura (43 peratus).
Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya 12 peratus pekerja Malaysia mengalami tekanan yang serius atau berdepan gejala kemurungan teruk.
Dalam pada itu, syarikat di Malaysia mengalami kerugian dalam produktiviti di mana kajian mendapati purata setiap pekerja hilang 67 hari bekerja setahun.
Ia melibatkan anggaran purata kerugian RM2.7 juta kepada setiap organisasi.
Topic Berkaitan
#Australia
#Hong Kong
#kaji selidik
#majikan
#Malaysia
#Pekerja
#produktiviti
#responden
#Singapura
#Tempat Kerja Paling Sihat AIA 2017
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan