awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja penyelenggaraan cemas gondola dipukul ribut

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2022
12:09 MYT
Pekerja penyelenggaraan cemas gondola dipukul ribut
Rakaman kejadian berkenaan turut menjadi tular dengan orang ramai yang menyaksikan insiden itu berasa cemas dan menjerit kerana bimbang dengan keselamatan pekerja terbabit. - Gambar/ TikTok YannaJuan
KUALA LUMPUR: Sekumpulan pekerja penyelenggaraan yang berada dalam kren gondola di sebuah bangunan di Jalan Kemuning, di sini, berdepan detik cemas, apabila gondola itu terhayun dengan kuat beberapa kali ketika ribut petang tadi.
Angin kuat menyebabkan gondola terbabit hilang keseimbangan, malah menghentam dinding bangunan tinggi itu beberapa kali.
Rakaman kejadian berkenaan turut menjadi tular dengan orang ramai yang menyaksikan insiden itu berasa cemas dan menjerit kerana bimbang dengan keselamatan pekerja terbabit.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu dan segera menghantar pasukan ke lokasi kejadian.
"Seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, pasukan dimaklumkan wakil pemaju tapak pembinaan itu bahawa, mangsa yang didapati tersangkut di gondola berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Topic Berkaitan
#ribut kuala lumpur
#gondola
#pekerja pembersihan
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan