awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja penyelenggaraan didenda RM6,000 miliki 169 gambar, video lucah

Bernama
Bernama
23/05/2023
07:40 MYT
Pekerja penyelenggaraan didenda RM6,000 miliki 169 gambar, video lucah
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja penyelenggaraan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini kerana memiliki 169 gambar dan video lucah dalam telefon bimbitnya, tahun lepas.
Majistret Amalina Basirah Md Top menjatuhkan hukuman itu ke atas Mazlan Firdani Marzuki, 30, yang mengaku bersalah memiliki 92 kandungan gambar lucah dan 77 kandungan video lucah dalam telefon bimbitnya di sebuah rumah di Taman Ampang Indah, Ampang Jaya di sini pada 10.45 pagi, 20 April tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu. Dia membayar denda berkenaan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Nur Nazhzilah Mohammad Hashim dari Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (MCMC) memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
Peguam Ernie Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Mazlan Firdani memohon hukuman paling minimum atas alasan tertuduh merupakan bapa tiga anak serta penanggung utama keluarga.
"Anak-anak tertuduh berusia setahun hingga 14 tahun. Sepanjang siasatan dijalankan, tertuduh telah memberi kerjasama yang baik dalam kes ini. Anak guam saya juga memohon maaf selain berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sama," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#miliki gambar lucah
#hukuman denda
#video lucah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan