Hormati kenyataan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung pelaburan dari China kerana ia berdasarkan fakta dan perkara asas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata kenyataan Sultan Johor itu menunjukkan kepentingan untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini tanpa mengira negara mana kerana ia menjana ekonomi dan memberi pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membangkitkan isu itu, seolah-olah akan menyebabkan negara kehilangan kedaulatan, adalah tidak tepat.
"Beliau (Dr Mahathir) menggunakan isu FDI ini sekadar untuk kepentingan politik semata-mata dan cuba menanam semangat kebencian kepada kaum-kaum tertentu," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menghadiri majlis memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) mengenai Maklumat dan Komunikasi antara Malaysia dan Jepun.
Dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempat berbahasa Inggeris, Sultan Ibrahim dipetik membidas Dr Mahathir kerana memberi komen tentang projek pembangunan Forest City di Johor.
Sultan Johor bertitah bahawa Dr Mahathir telah melampaui batasan apabila memutarbelitkan isu Forest City dengan mendakwa kira-kira 700,000 rakyat dari Tanah Besar China akan terus tinggal di situ manakala banyak tanah telah dijual kepada rakyat China.
Salleh menjelaskan bahawa pelabur asing seperti Eropah, Jepun dan India juga melabur di Malaysia sejak dahulu, kenapa hanya pelabur dari China dibangkitkan kini.
Mengenai seorang pegawai tadbir diplomat (PTD) di Kedutaan Malaysia di Filipina yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur menghina kematian Ketua Menteri kelima Tan Sri Adenan Satem, Salleh berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membuat siasatan.
"MCMC telah menerima laporan. Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan siasatan yang dilakukan. Jika didapati asas kukuh untuk tindakan sewajarnya, kita akan rujuk kepada Peguan Negara untuk mengambil tindakan," katanya.
Dilaporkan PTD tersebut digantung tugas serta-merta dan diarah pulang untuk siasatan lanjut berikutan kenyataannya dalam laman Facebook. -- Bernama
Bernama
Tue Jan 17 2017
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum ini bertitah, bahawa Dr Mahathir telah melampaui batasan apabila memutarbelitkan isu Forest City. - Gambar fail
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Jun 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mac 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Februari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Januari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Januari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Oktober 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Oktober 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.