awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
Terbuka Malaysia: Pearly-Thinaah akhiri badi, ulangi aksi final Sukan SEA Thailand 2025
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaburan kunci kembangkan ekonomi Sabah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
21/11/2025
21:20 MYT
Pelaburan kunci kembangkan ekonomi Sabah
Kekuatan fiskal ini membolehkan kerajaan negeri mempelbagaikan usaha menarik pelaburan baharu sekaligus merangsang ekonomi tempatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kestabilan fiskal negeri menjadi asas penting bagi pembangunan infrastruktur dan penyediaan perkhidmatan kepada rakyat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad, Firdausi Suffian, kekuatan fiskal ini membolehkan kerajaan negeri mempelbagaikan usaha menarik pelaburan baharu sekaligus merangsang ekonomi tempatan.
“Apa yang diperlukan negeri Sabah sekarang ialah pelaburan kerana ia amat penting untuk pertumbuhan ekonomi. Dalam mana-mana pembangunan ekonomi pun, pertumbuhan melangkaui ataupun mendahului pembangunan. Pertumbuhan maksudnya kita perlu kekuatan fiskal, ada dalam ayat mudah faham, perlu ada duit.
"Dengan kekuatan fiskal, barulah kita mempunyai dana untuk membina infrastruktur termasuk jalan dan kemudahan rakyat.
"Dalam tempoh empat tahun, pendapatan negeri meningkat daripada RM3.9 bilion kepada RM6.9 bilion, dan ini membuka peluang untuk memperkenalkan taman perindustrian,” katanya ketika muncul dalam program Dialog Poket Rakyat, pada Jumaat.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah dan Penasihat APPGM-SDG Wilayah Sabah, Jain Yassin menegaskan, walaupun pelaburan dan pembangunan industri penting, kapasiti dan kemampuan generasi muda negeri ini memainkan peranan utama dalam pertumbuhan ekonomi.
"Pada masa akan datang, generasi baharu inilah yang sebenarnya adalah pemangkin ekonomi pada masa akan datang.
“Tetapi kalau kita lihat kadar kes bantut di Sabah kini 25.3 peratus, lebih tinggi berbanding kadar nasional 21.2 peratus. Ini menunjukkan masih banyak ruang untuk meningkatkan kapasiti generasi muda bagi memacu ekonomi pada masa akan datang,” jelasnya.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#pelaburan
#Sabah
#Ekonomi Sabah
#PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan