Keputusan Pelaburan MARA Berhad menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) tahun lepas dibuat atas dasar komersial bagi aktiviti penjenamaan dan pemasaran ke arah meningkatkan jualan dan seterusnya keuntungan syarikat.
Menurut kenyataan syarikat itu pada Selasa, keputusan penajaan TRW itu dibuat secara pentadbiran amalan biasa berdasarkan belanjawan tahunan yang diperuntukkan bagi kegiatan pengiklanan dan pemasaran yang diluluskan oleh lembaga pengarah.
"Penajaan pasukan bola sepak merupakan kaedah pemasaran yang sama seperti pemasaran melalui media elektronik, cetak, atas talian dan kaedah pemasaran 'out of home' yang lain.
"Penajaan ini antara inisiatif bagi memaksimumkan kebolehlihatan jenama syarikat kepada masyarakat umum," menurut kenyataan itu.
Pelaburan Mara Berhad berkata ia mengambil bahagian dalam TRW pada 2016 dengan perbelanjaan RM200,000 dengan membeli pakej pengiklanan komersial yang ditawarkan TRW.
Ia merangkumi sembilan peratus daripada keseluruhan peruntukan syarikat bagi aktiviti penjenamaan dan pemasaran, kata syarikat itu.
Kenyataan itu berkata Pelaburan MARA ialah entiti komersial yang mempunyai peranan berbeza dengan MARA dan sebagai syarikat berasaskan keuntungan, Pelaburan MARA mempunyai strategi perniagaan dan pemasaran tersendiri untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan.
Ia seterusnya berkata Pelaburan MARA Berhad adalah penyumbang terbesar kepada keuntungan MARA iaitu 60 peratus daripada keuntungan keseluruhan MARA bagi tahun kewangan 2016.
Tahun lepas, syarikat itu mencatat keuntungan hampir 300 peratus berbanding 2015.
Jualan dana unit amanah bagi PMB Investment pula melebihi sasaran dengan peningkatan lebih 40 peratus dalam tempoh setahun, dan jumlah perunding unit amanah meningkat 55 peratus pada 2016 berbanding 2015.
PMB Investment merupakan syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad yang menjalankan perniagaan unit amanah dan mempunyai status Syarikat Pengurus Dana Islamik (IFMC).
Dalam pada itu, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam kenyataanya berkata penajaannya dalam pasukan Kelantan telah memberi impak besar kepada penjenamaan universiti itu.
"Pembiayaan program pemasaran dan penajaan ini dibuat secara pentadbiran menggunakan peruntukan yang diluluskan setiap tahun khusus untuk tujuan pengiklanan dan promosi tanpa melibatkan sebarang dana tajaan pelajaran pelajar dari MARA," kata UniKL.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2017
Keputusan Pelaburan MARA Berhad menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) tahun lepas dibuat atas dasar komersial. - Gambar fail
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelaburan Mara Berhad taja TRW atas dasar komersial
Keputusan Pelaburan MARA Berhad menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) tahun lepas dibuat atas dasar komersial.