awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaburan RM10.54 bilion untuk bina lebih banyak hotel - Tiong

Faida Rahim
Faida Rahim
25/05/2023
13:49 MYT
Pelaburan RM10.54 bilion untuk bina lebih banyak hotel - Tiong
Tiong berkata, sebanyak RM10.54 bilion dilaburkan untuk membina 65 buah hotel kategori mewah bagi menampung peningkatan pelancong di negara ini. - Gambar fail/MAH
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM10.54 bilion dilaburkan untuk membina 65 buah hotel kategori mewah bagi menampung peningkatan pelancong di negara ini.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing memberitahu, daripada jumlah itu, 22 buah hotel akan dibuka tahun ini, 16 hotel pada tahun 2024 manakala lima hotel lagi pada 2025.
"Ini seharusnya menjadi penanda baik bahawa negara kita terus dihargai oleh pelancong dan industri pelancongan serta hotel terus berkembang pesat.
"Tetapi kami masih menerima aduan dan maklum balas negatif daripada pelancong mengenai keadaan hotel mereka terutama isu kebersihan, kurang sopan di kaunter daftar masuk serta kurang memuaskan pada perkhidmatan bilik, " katanya semasa berucap di program Hospitality Leadership Conference pada Khamis
Sementara itu, beliau turut memaklumkan kementeriannya menerima lapan aduan berkaitan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan hotel di negara ini.
Sebelum ini, Tiong menjelaskan, kementeriannya sedang mengkaji semula sistem penarafan hotel dan premis makanan dan minuman, terutama di lokasi tumpuan pelancong luar negara.
Jelasnya, MOTAC menerima banyak aduan daripada pelancong mengenai keadaan perkhidmatan hotel dan restoran di negara ini.
Topic Berkaitan
#MOTAC
#pelaburan
#pelancong
#Tiong King Sing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan