awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaburan tidak wujud, pengurus syarikat swasta rugi hampir RM600,000

Bernama
Bernama
22/11/2023
06:45 MYT
Pelaburan tidak wujud, pengurus syarikat swasta rugi hampir RM600,000
Lelaki berusia 39 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita tempatan yang terlibat urusan pelaburan saham dalam talian kononnya menawarkan pulangan menguntungkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM598,680 gara-gara terpedaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 39 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita tempatan yang terlibat urusan pelaburan saham dalam talian kononnya menawarkan pulangan menguntungkan.
"Mangsa tertarik dengan pelaburan itu lalu membuat bayaran keseluruhan berjumlah RM598,680 yang dimasukkan ke dalam beberapa akaun bank bermula dari 14 Nov 2022 hingga 11 Nov 2023.
"Bagaimanapun, mangsa tidak mendapat pulangan seperti yang dijanjikan sebaliknya suspek memberi pelbagai alasan seperti wang dilarikan rakannya dan keseluruhan aset disita polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerima satu laporan berhubung kes berkenaan, semalam.
Beliau berkata masyarakat diseru dan dinasihatkan supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan pulangan lumayan dalam jangka tempoh masa yang singkat.
"Orang ramai perlu membuat semakan terlebih dahulu kesahihan aktiviti pelaburan daripada pihak Suruhanjaya Sekuriti di laman sesawang, https://www.sc.com.my/investor- alert bagi memastikan kewujudan sesuatu syarikat pelaburan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#sindiket penipuan
#pelaburan tidak wujud
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan