awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar 13 tahun maut digilis lori

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
04/05/2017
15:30 MYT
Pelajar 13 tahun maut digilis lori
Pihak berkuasa sedang menguruskan meadaan mayat mangsa di lokasi kejadian.
Seorang pelajar berusia 13 tahun maut digilis tayar lori dalam satu kemalangan tragis di Kilometer 70.8 Jalan Sitiawan-Taiping pada petang Khamis.
Dalam kejadian sekitar 3.35 petang itu, mangsa, Izzhanif Danny Abd Rahman,13, baru sahaja balik dari aktiviti petang sebelum terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya itu.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata insiden tersebut berlaku apabila sebuah lori bergesel dengan motosikal yang dibonceng oleh mangsa.
"Siasatan awal mendapati lori dan motosikal menghala dari Beruas ke Taiping yang dinaiki mangsa dan rakannya berusia 16 tahun telah bergesel di sebelah kiri tayar lori berkenaan.
"Berikutan itu, mangsa yang berada di belakang telah mengenai tayar berkenaan dan digilis menyebabkan kepala mangsa hancur dan maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita.
Katanya, rakan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Taiping bagi rawatan lanjut dan pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jelasnya, kedua-dua pelajar yang terlibat dalam kemalangan berkenaan merupakan pelajar di SMK Toh Johan.
"Sesampainya kami di tempat kejadian, didapati lori berkenaan telah terbakar dan kami masih cuba mengesahkan samada ia terbakar secara sendiri atau dibakar oleh orang awam yang tidak dikenal pasti.
"Siasatan lanjut akan diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Topic Berkaitan
#digilis lori
#kemalangan
#maut
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan