awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar 14 tahun maut nahas dua kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2024
01:45 MYT
Pelajar 14 tahun maut nahas dua kenderaan
Seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun maut sementara rakannya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta. - Foto Sinar Harian
KOTA TINGGI: Seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun maut sementara rakannya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta di kilometer (KM) 1.0 Jalan Bandar Penawar- Punggai, pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut di lokasi berkenaan sekitar jam 6.50 petang daripada orang awam.
“Siasatan mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu kereta jenis KIA RIO yang dipandu seorang wanita warga tempatan berusia 22 tahun dan motosikal jenis Ego Solariz yang ditunggang dua pelajar lelaki berkenaan.
“Kemalangan tersebut mengakibatkan penunggang motosikal Ego Solariz mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal patah tangan kiri dan pemandu kereta KIA RIO tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pelajar yang cedera kini dirawat di Hospital Kota Tinggi dan kes masih dalam siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kes disiasat di bawah SEksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jika disabitkan kesalahan, penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM20,000 hingga 50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#pelajar sekolah
#motosikal
#kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan