awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tular 'Yeye': Panglima Tentera Darat sah 15 pegawai dikesan terlibat
Peletakan jawatan Dr Akmal tak jejas akar umbi UMNO - Asyraf Wajdi
Agong terima menghadap Anwar, dipersembah taklimat isu semasa negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar asnaf, anak yatim dan B40 antara penerima manfaat biasiswa baharu KPMB–KPKPM

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2026
03:00 MYT
Pelajar asnaf, anak yatim dan B40 antara penerima manfaat biasiswa baharu KPMB–KPKPM
Program biasiswa itu dijangka melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dalam sektor keselamatan, penyiasatan dan perkhidmatan berkaitan.
CYBERJAYA: Koperasi Pendidikan Malaysia Berhad (KPMB) dengan kerjasama Kolej Pengajian Keselamatan dan Penyiasatan Malaysia (KPKPM) baru-baru ini melancarkan Program Biasiswa Pengajian Kritikal Negara, sebuah inisiatif bagi membantu pelajar asnaf, anak yatim dan golongan B40 melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan keselamatan dan penyiasatan.
Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi KPMB, Datuk Shamsudin Mat yang juga mantan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur bersama kepimpinan KPMB dan KPKPM serta wakil industri dan media.
Menurut Shamsudin, program itu adalah komitmen berterusan KPMB untuk meringankan beban kewangan keluarga selain memastikan akses pendidikan berkualiti dalam bidang kritikal negara.
“Pendidikan adalah pelaburan jangka panjang negara. Melalui kerjasama ini, kami menyediakan laluan pendidikan yang mampan dan berdaya saing,” katanya.
Bagi fasa awal, RM15 juta diperuntukkan sebagai dana pembiayaan pendidikan.
Antara bantuan disediakan termasuk:
Pelajar asnaf dan anak yatim: Pembiayaan RM16,450, iaitu 50 peratus daripada yuran pengajian diploma. Pelajar B40: Pembiayaan RM9,600 atau 30 peratus daripada yuran diploma. Peringkat sijil: Pembiayaan sehingga RM15,000 bagi setiap pelajar layak.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KPKPM, Dr. Farah Mazwina Abdul Hajis berkata, kolej itu menawarkan program yang dirangka mengikut keperluan industri keselamatan dengan latihan praktikal seperti menembak, kawat, berkuda, seni mempertahankan diri dan pengendalian K9.
Beliau turut memaklumkan, pentadbiran kolej telah melalui proses penstrukturan semula sejak Ogos 2025, termasuk penambahbaikan tadbir urus dan kerjasama akademik.
KPMB dan KPKPM menegaskan, kedua-dua entiti beroperasi secara sah serta mematuhi peraturan yang ditetapkan, sambil menepis dakwaan negatif terhadap institusi berkenaan.
KPMB juga merancang siri jelajah seluruh negara untuk memperluas maklumat mengenai bantuan pendidikan selain merangka kemudahan kredit kepada anggota koperasi.
Program biasiswa itu dijangka melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dalam sektor keselamatan, penyiasatan dan perkhidmatan berkaitan.
Pelajar lepasan SPM yang berminat boleh menghubungi 03-8084 9999 atau Pegawai Unit Biasiswa di 012-368 9999. Permohonan tertakluk kepada syarat kelayakan dan kuota.
Topic Berkaitan
#program biasiswa
#Biasiswa Pengajian Kritikal Negara
#Koperasi Pendidikan Malaysia Berhad
#asnaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan