awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar baharu USM disaran tangguh perjalanan ke kampus esok

Bernama
Bernama
01/10/2020
16:07 MYT
Pelajar baharu USM disaran tangguh perjalanan ke kampus esok
Tatacara pendaftaran akan dimaklumkan melalui laman web rasmi USM. -Gambar fail
GEORGE TOWN:Universiti Sains Malaysia (USM) menyarankan semua pelajar termasuk pelajar baharu yang sepatutnya mendaftar di kampus esok, menangguhkan perjalanan dan membuat pendaftaran dalam talian.
Dalam kenyataannya malam ini, USM berkata keputusan dibuat selepas mengambil kira perkembangan terkini wabak COVID-19 di negara ini.
"Pelajar-pelajar baharu yang sudah dalam perjalanan ke kampus dibenarkan mendaftar esok atau mereka boleh menangguhkan perjalanan dan kembali semula ke kampus pada tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak," demikian menurut kenyataan itu.
Tatacara pendaftaran akan dimaklumkan melalui laman web rasmi USM.
Bagi pelajar senior yang dijadualkan kembali ke kampus minggu depan, mereka diminta menangguhkan perjalanan dan melakukan pendaftaran kursus masing-masing dalam talian.
Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh menghubungi kampus induk di talian 04-6533291 5823/5825/6185/5804/5827/6136/5822/5824, Kampus Kesihatan (09-7671300/1310) dan Kampus Kejuruteraan (04- 5995530/5531/5532/5533).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#USM
#pelajar baharu
#pendaftaran
#tangguh perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan