MELAKA: Seorang buruh ditahan pada Selasa selepas disyaki merogol anak perempuannya berusia 16 tahun hingga melahirkan anak.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 38 tahun ditahan di tepi jalan Kampung Kelemak, Alor Gajah pada jam 12 tengah malam.
Menurutnya, penahanan suspek susulan pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pegawai perubatan Hospital Melaka memeriksa mangsa yang menetap di Durian Tunggal pada Oktober tahun lalu.
Katanya, pemeriksaan yang dilakukan ke atas mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu mendapati mangsa ketika itu sedang mengandung hampir lima bulan.
"Berdasarkan keterangan mangsa, dia mendakwa telah dirogol suspek sejak berusia 14 tahun.
"Difahamkan ibu mangsa pada awalnya membawa mangsa yang mengetahui dirinya sedang mengandung ke Klinik Kesihatan Durian Tunggal untuk membuka buku kehamilan sebelum dirujuk ke hospital.
"Suspek yang mempunyai enam rekod lampau ditangkap sehari selepas mangsa melahirkan anaknya pada Isnin lalu," katanya.
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman membenarkan permohonan reman ke atas suspek selama tujuh hari bermula Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 07 2024
Suspek (tengah) direman selama tujuh hari selepas didakwa merogol anaknya. -Foto Sinar Harian
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motor dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Pelajar dirogol bapa kandung hingga melahirkan anak
Suspek berusia 38 tahun ditahan di tepi jalan Kampung Kelemak, Alor Gajah pada jam 12 tengah malam.