awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul rakan sekolah

Bernama
Bernama
06/01/2024
10:29 MYT
Pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul rakan sekolah
Pelajar berusia 15 tahun itu ditahan kira-kira 1.22 pagi tadi bagi membantu siasatan selepas diserahkan ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki yang tular menerusi media sosial kerana memukul berkali-kali bahagian muka rakannya menggunakan topi keledar telah ditahan polis awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata pelajar berusia 15 tahun itu ditahan kira-kira 1.22 pagi bagi membantu siasatan selepas diserahkan ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
"Siasatan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa pada 5.33 petang semalam dengan memaklumkan anak lelakinya yang berusia 14 tahun telah dipukul rakan sekolah pada hari berkenaan.
"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat mangsa tidak mahu mengikut suspek untuk ponteng sekolah," katanya dalam kenyataan.
Suspek dilaporkan tidak berpuas hati apabila mangsa enggan berbuat demikian dan kemudian memaksanya menaiki motosikal lalu membawanya ke Jalan Prima Pelangi 7, Bukit Prima Pelangi, Segambut Dalam berhampiran sebuah kondominium sebelum memukul pelajar itu berkali-kali pada bahagian muka serta dada dengan menggunakan topi keledar.
Beliau berkata polis turut merampas topi keledar berkenaan dan kes disiasat lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pukul pelajar
#topi keledar
#polis Sentul
#buli
#pelajar ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan