awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar FKPM UiTM Rembau selami budaya Bali

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
29/04/2019
05:56 MYT
Pelajar FKPM UiTM Rembau selami budaya Bali
Wan Admiza Wan Hassan (dua dari kanan) dan Muhammad Azril Izuan Ramlan (kanan) bersama pihak pengurusan Radio Republik Indonesia (RRI) sewaktu lawatan dan sesi dialog di Bali baru-baru ini.
MENYEDARI pengaruh media massa dalam mengekalkan dan mempromosikan kebudayaan ke seantero dunia Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Rembau, Negeri Sembilan mengambil inisiatif mendedahkan pelajar-pelajarnya strategi memelihara budaya tempatan yang dilakukan oleh media di Bali, Indonesia
Pendedahan itu dilakukan dengan membawa 16 pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) fakulti berkenaan ke Institut Seni Indonesia (ISI) Denpasar, Bali.
Menurut pensyarah FKPM merangkap penasihat program, Muhammad Azril Izuan Ramlan, perkongsian ilmu itu turut melibatkan empat orang pensyarah yang bertujuan melahirkan pelajar penyiaran yang berpengetahuan luas dan mampu memainkan peranan dalam usaha menggunakan medium penyiaran untuk memelihara budaya di Malaysia.
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau bersama Institut Seni Indonesia (ISI) Denpasar
Pelajar dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau bergambar dengan pelajar dari Institut Seni Indonesia (ISI) Denpasar untuk lakaran memori bersama.
"Jika kita lihat, Bali mempunyai pendekatan yang berbeza bagi melestarikan agenda budaya melalui media dan perkara ini harus dipelajari oleh para pelajar,” katanyanya mengenai rumusan lawatan akademik International Broadcasting Academic Exchange (IBAE) di Bali, Indonesia baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Pusat Pengajian FKPM, Wan Admiza Wan Hassan berkata lawatan kali ini bukan sahaja melibatkan agenda akademik malah melibatkan perbincangan mengenai kerjasama antara UiTM dan ISI Denpasar.
“FKPM Rembau akan menjalin kerjasama strategik dalam beberapa bidang bersama ISI melalui Memorandum Persefahaman yang masih di peringkat perbincangan pada masa ini”
“Saya percaya satu kerjasama yang menguntungkan dapat diwujudkan seiring dengan aspirasi ASEAN untuk membangan ‘common space’ untuk pendidikan tinggi,” ujar beliau.
Pelajar FKPM UiTM Rembau sewaktu melawat studio bagi Radio Republik Indonesia (RRI) di Denpasar, Bali
Pelajar FKPM UiTM Rembau sewaktu melawat studio bagi Radio Republik Indonesia (RRI) di Denpasar, Bali
Pihak ISI yang diwakili oleh Wakil Rektor Perencanaan dan Kerjasama, I Ketut Garwa dan beberapa orang wakil Fakultas Seni Rupa da Desain turut menyambut baik cadangan dan rancangan untuk jalinan kerjasama bersama UiTM.
IBAE merupakan satu siri lawatan akademik oleh FKPM Rembau di Bali pada kali ini turut melibatkan lawatan dan sesi dialog bersama pihak pengurusan Radio Republik Indonesia (RRI) Bali dan Televisyen Republik Indonesia (TVRI) Bali serta program khidmat masyarakat di Yayasan Cahaya Mutiara Ubud (YCMU).
Antara saat-saat berharga pelajar FKPM UiTM Rembau beramah mesra sewaktu program khidmat masyarakat di Yayasan Cahaya Mutiara Ubud (YCMU).
Antara saat-saat berharga pelajar FKPM UiTM Rembau beramah mesra sewaktu program khidmat masyarakat di Yayasan Cahaya Mutiara Ubud (YCMU).
Topic Berkaitan
#Bali
#Indonesia
#Institut Seni Indonesia ISI
#International Broadcasting Academic Exchange IBAE
#Malaysia
#Negeri Sembilan
#pendidikan
#UiTM
#Universiti Teknologi MARA UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan