Pelajar lelaki mengaku tidak bersalah amang seksual fizikal rakan sekelas

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin. -Gambar hiasan
KUALA SELANGOR: Seorang pelajar lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap rakan perempuan sekelasnya, di sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam, dua minggu lepas.
Ringkasan AI
- Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sabak Bernam atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap rakan sekelasnya pada 13 Okt lalu.
- Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin; sebutan semula kes ditetapkan pada 1 Dis.
- Kes disiasat susulan laporan polis yang dibuat pada hari kejadian, dengan pihak pendakwaan menekankan keseriusan kes manakala peguam tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan kesihatan.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman denda, pampasan atau kos; perintah khidmat masyarakat; atau dihantar ke sekolah diluluskan seperti Sekolah Henry Gurney, jika sabit kesalahan.
Selain itu, mahkamah boleh mengenakan hukuman penjara tertakluk kepada Seksyen 96(2) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi tempoh tertentu.
Muhammad Azamuddin mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000, dengan mengambil kira keseriusan kes melibatkan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini.
Peguam Aina Suraya Ahmad Nor Hisham yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya perlu mendapatkan rawatan lanjut di hospital, akibat kemalangan jalan raya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Dis depan untuk sebutan semula kes.
Pada 16 Okt, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Md Yusoff Ahmad dilaporkan berkata seorang remaja lelaki ditahan selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan di sebuah sekolah di daerah itu pada 13 Okt.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, suspek didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa pada waktu rehat, sebelum ditahan pada hari sama untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


