awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar lemas cuba selamatkan rakan tergelincir di Lata Guling

Bernama
Bernama
09/06/2022
11:59 MYT
Pelajar lemas cuba selamatkan rakan tergelincir di Lata Guling
Kegembiraan tiga rakan mandi-manda di Lata Guling, Sungai Rual, hari ini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas. - Foto Sinar Harian
JELI: Kegembiraan tiga rakan mandi-manda di Lata Guling, Sungai Rual, dekat sini hari ini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas.
Lebih memilukan, kejadian berlaku ketika Nor Aina Mohd Nasir, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli mahu menyelamatkan seorang rakannya yang tergelincir.
Ketua Polis Daerah Jeli Supt Ahmad Ariffin berkata Nor Aina yang berasal dari Kampung Pasir Dusun bersama dua rakannya itu telah ke tempat kejadian untuk mandi pada 2.30 petang.
"Kira-kira 3.05 petang, rakan Nor Aina iaitu Rosmaidayu Mohd Rasyid, 17, yang turun untuk mandi di lata itu telah tergelincir. Melihat keadaan itu, Nor Aina cuba menyelamatkan Rosmaidayu namun dia turut dihanyutkan air dan tenggelam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad berkata Rosmaidayu berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung namun Nor Aina gagal ditemukan.
"Pada 3.35 petang, mangsa dijumpai abang kandungnya selepas melakukan selaman di kawasan kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar lemas
#Lata Guling
#Sungai Rual
#Nor Aina Mohd Nasir
#SMK Jeli
#Rosmaidayu Mohd Rasyid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan