KENINGAU: Seorang pelajar jurusan teknologi pembinaan Kolej Vokasional Keningau, Sabah merupakan satu-satunya pelajar Malaysia yang terpilih sebagai salah seorang calon 50 pelajar terbaik bagi anugerah Global Student Prize 2022.
Alesyah Asa, 20, berjaya menjadi finalis bagi anugerah pelajar paling berprestij di dunia anjuran Chegg.org yang berpusat di Amerika Syarikat atas pencapaian dan sumbangannya dalam bidang inovasi, STEM, program pertukaran budaya dan hackathon.
Menurut pelajar yang berasal dari kawasan pedalaman di Nabawan itu, dia sama sekali tidak menyangka dipilih sebagai antara pelajar terbaik dunia.
"Syukur kepada Tuhan kerana diberikan kemudahan kepada saya untuk terus berjuang dan memperkenalkan Kolej Vokasional terutamanya sekarang di seluruh Malaysia bahawa Kolej Vokasional Keningau juga boleh," katanya.
Tambahnya berkat usaha dan pembelajaran di kolej tersebut beliau turut berpeluang menyertai program pertukaran pelajar luar negara hasil penglibatannya dalam beberapa aktiviti melibatkan STEM.
"Selama saya berada di Kolej Vokasional Keningau saya juga telah menyertai beberapa aktiviti kebangsaan dan antarabangsa yang paling saya bangga adalah saya telah menjadi seorang ketua salah satu yang mengikuti pertukaran pelajar di Korea Selatan.
"Selain itu juga saya menjadi duta Malaysia di Korea Selatan untuk mempelajari tentang kebudayaan dan cara teknologi di sana," katanya.
Selain itu Alesya bersama rakan pelajar wanita yang lain sebelum ini turut pernah dianugerahkan Community Innovation Winner di Global Media and Information Literacy Youth Hackathon yang dianjurkan bersama UNESCO dengan Republik Korea.
Menurut Alesyah lagi, sebagai pelajar jurusan Teknologi Pembinaan, misinya adalah memberi inspirasi dan bimbingan kepada pelajar perempuan yang lain untuk berjaya terutamanya dalam bidang pembinaan yang sering didominasi kaum lelaki.
"Saya sebagai perempuan saya memasuki bidang yang sangat jarang diceburi iaitu pembinaan jadi saya sebagai perempuan saya cuba untuk mengubah pola pemikiran masyarakat.
"Perempuan pun boleh buat, perempuan dapat menjalankan, perempuan boleh menjadi suatu yang penting dalam pembinaan bukan saja setakat lelaki.
"Jadi selepas saya ceburi bidang teknologi pembinaan saya telah juga membawa rakan-rakan saya supaya lebih pecaya diri sebagai seorang perempuan untuk bertanding dengan lelaki tanpa ada rasa malu," ujarnya lagi.
Alesyah berkata demikian ketika ditemui di Kolej Vokasional Keningau, Sabah pada Ahad.
Sementara itu bagi Guru Bahasa Inggeris, Ketua Kajian dan Inovasi Kolej Vokasional Keningau, Mohd Sirhajwan Idek, kejayaan Alesyah bukan sahaja menjadi kebanggaan pihak kolej malah beliau berharap menjadi ispirasi kepada pelajar lain untuk mencapai kejayaan.
"Saya berharap kejayaan ini akan memberi ispirasi dan membakar semangat pelajar lain bukan saja di Kolej Vokasional Keningau tapi juga di negeri Sabah, di seluruh negara agar meraka sedar walaupun mereka masih lagi bergelar sebagai pelajar, belum lagi menamatkan pembelajaran mereka, tapi mereka mempunyai peluang untuk membantu komuniti.
"Mereka harus mencari platform dan peluang yang sesuai agar mereka mampu mengasah bakat mereka, mereka mencari peluang supaya mereka boleh perkembangkan idea projek mereka yang boleh membantu komunti ataupun di peringkat institusi," katanya.
Global Student Prize 2022 menawarkan hadiah sebanyak AS$100,000 kepada pelajar terbaik dari seluruh dunia yang telah menjalankan aktiviti berkaitan sains dan teknologi serta memberi impak kepada dunia pembelajaran global.
Pemilihan pelajar terbaik bagi anugerah tahunan itu akan dilakukan oleh Global Student Prize Academy dan Global Teacher Prize Academy dan akan diumumkan di laman web Chegg.org.
Alexion Mairin
Mon Jul 25 2022

Alesyah Asa berjaya menjadi finalis bagi anugerah pelajar paling berprestij di dunia anjuran Chegg.org. - Astro AWANI

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia serah watikah pelantikan kepada Presiden Sri Lanka
Badli Hisham antara 17 duta dan pesuruhjaya tinggi yang baharu dilantik ke Sri Lanka yang menyerahkan watikah pelantikan mereka.

Fokus kepada perpaduan, pembangunan rakyat - Hajiji
Hajiji Noor menyeru agar semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.

WHO | Julung kali Malaysia Pengerusi Mesyuarat Lembaga Eksekutif
Pertama kali dalam sejarah negara apabila Menteri Kesihatan Malaysia mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pantau Kerajaan Baharu: Kos Umrah Naik | Mencari Punca & Penyelesaian
Sejak kebelakangan ini, timbul perbincangan isu berkenaan kos umrah yang semakin meningkat. Apa puncanya? Kami cuba merungkai isu ini dan mencari solusi terbaik. Kita bersama Datuk Seri Razali Mohd Sham, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) bagi perinciannya.

MTDC, Gobi Partners labur RM5 juta dalam pitchIN
MTDC melabur bersama syarikat itu melalui Dana Pertumbuhan Perniagaan MTDC dan Dana Superspeed II Gobi.
![[TERKINI] Mahkamah tolak permohonan Zahid dapatkan pasport [TERKINI] Mahkamah tolak permohonan Zahid dapatkan pasport](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007793/33867762601675397315057_640x360.jpg)
[TERKINI] Mahkamah tolak permohonan Zahid dapatkan pasport
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan semula pasport peribadi secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi di luar negara.

Varane ikut jejak Benzema, Lloris bersara daripada skuad Perancis
Varane, yang melakukan penampilan pertama bersama Perancis pada Mac 2013, telah mewakili Les Bleus sebanyak 93 kali.

Pentagon dakwa belon pengintip China berada di ruang udara AS
Pihak Pentagon sedang menjejaki trajektori belon itu dan mengesahkan bahawa ia masih berada di ruang udara di wilayah itu.

Karya seni mampu jadi alat perpaduan kaum
Hasil seni yang baik boleh mengumpulkan segenap lapisan masyarakat untuk bersama-sama menikmati karya dihasilkan terutamanya jika ia membawa mesej bertemakan perpaduan dan kenegaraan.
![[TERKINI] Sime Darby Plantation tidak lagi guna buruh paksa - AS [TERKINI] Sime Darby Plantation tidak lagi guna buruh paksa - AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007791/33867762551675396552110_640x360.jpg)
[TERKINI] Sime Darby Plantation tidak lagi guna buruh paksa - AS
Jabatan keselamatan dalam negeri Amerika Syarikat mengesahkan Sime Darby Plantation Berhad didapati tidak lagi menggunakan buruh paksa sekaligus membuka jalan untuk Kastam Amerika Syarikat untuk menarik semula sekatan produk syarikat itu.

Pelajar dari pedalaman Sabah tersenarai 10 finalis anugerah pelajar dunia
Alesyah Asa, 20, yang juga Pelajar Diploma Teknologi Pembinaan, terpilih daripada lebih 7,000 pencalonan dan permohonan dari 150 negara.

Pelajar Malaysia pertama calon Global Student Prize 2022
Alesyah Asa berjaya menjadi finalis bagi anugerah pelajar paling berprestij di dunia anjuran Chegg.org.