MACHANG: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut manakala rakannya cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah motosikal di Kilometer 7.9 Jalan Machang-Pasir Puteh di sini, pagi Isnin.
Ketika kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Nasrie Ghazali, 17, yang membonceng motosikal rakannya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd Zahir Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika seorang wanita yang memandu kereta jenis Volkswagen Polo Sedan mahu berhenti di bahu jalan.
Menurutnya, wanita berusia 51 tahun yang juga suri rumah datang dari arah Pasir Puteh untuk membeli sarapan di sebuah kedai berhampiran.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, wanita itu memberikan isyarat lampu ke kiri untuk memberhentikan kenderaan, namun tiba-tiba motosikal yang dibonceng mangsa merempuh belakang kenderaan itu," katanya melalui kenyataan di sini pada Isnin.
Mohd Zahir berkata, kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal terjatuh di tengah jalan manakala mangsa yang juga pembonceng terjatuh di hadapan kereta Proton Saga FL dan diseret ke bahu kiri jalan sejauh lebih kurang 20 meter.
Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.
"Rakan mangsa patah tangan sebelah kiri dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai manakala dua pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Beliau berkata, punca kemalangan berlaku dipercayai disebabkan kecuaian penunggang motosikal yang gagal mengawal kenderaannya sehingga menyebabkan kemalangan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 28 2022
Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan terbabit. - Foto ihsan PDRM
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
Pelajar maut diseret kereta 20 meter
Mangsa yang membonceng motosikal rakannya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.