Seorang pelajar Kulliah Al Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar, Pekan yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) meninggal dunia secara mengejut pagi tadi.
Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi tadi, pelajar terbabit Tengku Nur Najihah Tengku Marzuki, 18, dilaporkan sedang menunggu untuk mengambil peperiksaan untuk kertas Arudh apabila tiba-tiba rebah dan meninggal dunia.
"Arwah ketika itu dilaporkan sedang belajar di surau sekolah sementara menanti untuk menduduki peperiksaan kertas berkenaan pada hari terakhir peperiksaan STAM hari ini.
"Bagaimanapun, beliau dilaporkan tiba-tiba rebah meyebabkan rakan-rakannya memaklumkan kepada pihak sekolah sebelum pihak ambulans dihubungi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, Tengku Nur Najihah bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Daerah Pekan untuk dibedah siasat.
Peperiksaan STAM bermula 19 Oktober hingga 27 Oktober.
Beliau berkata, jenazah mangsa kemudian telah dituntut oleh keluarga kira-kira pukul 3 petang tadi untuk di kebumikan di Kampung Balok di sini.
Sementara itu, Mohamad Noor berkata, JAIP mempunyai empat buah sekolah aliran agama di bawah kendalian jabatan itu dengan melibatkan lebih 800 pelajar yang menduduki STAM.
Katanya, daripada empat sekolah berkenaan Kulliah Al Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar, Pekan merupakan sekolah paling ramai pelajar yang menduduki STAM tahun ini yang melibatkan 643 pelajar di empat pusat peperiksaan.
Bernama
Tue Oct 27 2015
Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Mohamad Noor Abdul Rani (gambar) berkata pelajar terbabit dilaporkan sedang menunggu untuk mengambil peperiksaan untuk kertas Arudh apabila tiba-tiba rebah dan meninggal dunia. -Gambar Bernama
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Pada karnival itu juga, KUSKOP akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023.
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Penuntut UiTM maut, kereta rempuh belakang lori
Seorang penuntut UiTM mautselepas kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori dalam kejadian dekar Rembau.
Pekerja pusat servis maut, rakan parah tayar meletup
Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika kedua-dua mangsa sedang mengisi angin tayar sebuah jentolak.
Lelaki warga emas ditemui maut di kawasan kebun getah
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari daun palas Isnin lepas, ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun getah di Kampung Guar Sanai, Beseri, Padang Besa, semalam.
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM 35 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, malam tadi.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.