awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar merokok dalam tandas: Bapa mengaku tidak bersalah ugut guru

Sinar Harian
Sinar Harian
02/02/2024
11:12 MYT
Pelajar merokok dalam tandas: Bapa mengaku tidak bersalah ugut guru
Tertuduh (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Lelaki yang bertindak mengugut seorang guru selepas anaknya tertangkap merokok di dalam sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.
Daniel Dean Wong Kok Ching, 49, didakwa atas dua pertuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan kepada guru.
Tertuduh yang bekerja sebagai ejen hartanah membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.
Menurut pertuduhan pertama, Daniel Dean didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut secara lisan seorang guru lelaki berusia 40 tahun di pekarangan gelanggang bola keranjang di sebuah sekolah pada jam 9.30 pagi Isnin lalu.
Pertuduhan kedua pula, tertuduh telah menyebabkan kecederaan kepada seorang lagi guru lelaki lain berusia 40 tahun pada masa dan tempat yang sama.
Mahkamah kemudian menetapkan 7 Mac depan sebagai tarikh pengurusan kes pra perbicaraan.
Tertuduh diikat jamin dengan wang jaminan sebanyak RM3,000 bersama dua penjamin tempatan.
Sementara itu, pendakwaan dikendalikan oleh pendakwa raya, Nahra Dollah bersama Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohamad Ramli dan Rustam Sanip manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Chun Yuan dan Jo Anne Jameson.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki bertindak mengugut guru selepas anaknya tertangkap merokok di tandas sekolah.
Pelajar tersebut bagaimanapun sudah dibuang sekolah tetapi hadir ke sekolah sebagai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil peperiksaan tersebut.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bapa pelajar
#merokok dalam tandas
#ugut guru
#Kota Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan