KOTA KINABALU: Pelajar yang tertangkap merokok di tandas di sebuah sekolah di sini pada Isnin, merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mengambil peperiksaan.
Bagaimanapun, pelajar tersebut telah dibuang sekolah sebelum ini namun dibenarkan untuk mengambil SPM.
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin mengesahkan bahawa pelajar tersebut merokok di dalam tandas yang mana ia tidak dibenarkan berlaku di kawasan sekolah.
"Calon telah dibenar ambil peperiksaan. Pelajar tidak dihalang mengambil SPM walaupun telah dibuang sekolah.
"Memang betul murid merokok di tandas sekolah dan perbuatan itu tidak dibenarkan di kawasan sekolah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya calon SPM harus akur kepada peraturan sedia ada di sekolah apatah lagi pelajar tersebut masih calon sekolah.
"Calon juga hendaklah sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik supaya tidak mengganggu ketenteraman di dewan peperiksaan.
"Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sentiasa komited memastikan peperiksaan awam berjalan lancar dan calon-calon SPM yang menduduki di pusat peperiksaan berada dalam keadaan tenteram dan selesa ketika menjawab soalan peperiksaan," katanya.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan seorang lelaki ditahan polis kerana mengugut guru susulan anaknya didakwa dipukul selepas didapati merokok di dalam tandas sekolah pada Isnin lalu.
Penahanan lelaki berusia 49 tahun itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah pada Selasa.
Turut tular di media video berdurasi satu minit 16 saat yang memaparkan insiden antara guru dan pelajar bertengkar dalam sebuah bangunan sekolah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 31 2024
Tangkap layar video tular memaparkan insiden antara guru dan pelajar bertengkar dalam sebuah bangunan sekolah. - Gambar/ Sinar Harian
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak
Kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Fahmi arah MCMC ambil tindakan individu ulang siar video lama
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendakwa video tular di laman sosial, TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun @janggut.putih merupakan rakaman pada tahun 2019.
Ibu dakwa ada kesan kemerahan pada leher anak - Polis
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang remaja lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya.
Polis rampas pistol warga emas
Polis merampas sepucuk pistol yang disyaki digunakan seorang warga emas yang tidak berpuas hati dengan ejen penarik kereta, yang video kejadian itu jadi tular di media sosial baru-baru ini.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
'Arwah ada sejarah lampau, tapi tiada hak dipukul hingga mati'
Shah Rizad Samad, 43, berkata, lima penghantar makanan yang didakwa membunuh adiknya, tidak sepatutnya mengambil langkah menggunakan kekerasan.
Penghantar makanan didakwa bakar kereta polis bantuan
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar kereta polis bantuan di sebuah stesen MRT.
Wanita jalani pembedahan plastik cuba lari dari hospital
SEORANG wanita menimbulkan kekecohan selepas cuba melarikan diri di sebuah hospital kecantikan swasta di Istanbul, Turkiye.
Kes tular: Gaduh dalam restoran, 4 rakan sekerja didenda RM1,000
Empat rakan sekerja yang terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah restoran makanan segera yang tular di media sosial baru-baru ini, masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret.
Pelajar merokok dalam tandas calon SPM, telah dibuang sekolah
Pelajar yang tertangkap merokok di tandas di sebuah sekolah di sini pada Isnin, merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mengambil peperiksaan.