awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan

Bernama
Bernama
07/03/2024
11:06 MYT
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
Muhammad Hafizuddeain memandang serius berkenaan dakwaan itu dan tidak akan berkompromi terhadap pelaku, jika terbukti bersalah.
KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak, terhadap seorang lagi pegawainya.
Markas TDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan polis telah dibuat mangsa pada Ahad lepas, berikutan kejadian yang didakwa berlaku semasa mangsa sedang menjalani latihan peringkat formasi dan laporan berkenaan telah tular di media sosial.
"Laporan tersebut mendakwa mangsa telah ditampar di bahagian kiri muka dan ditendang di bahagian perut oleh pegawai kanan berkenaan, sehingga menyebabkan pengadu mengalami kecederaan pada tisu lembut di atas mata dan trauma tumpul.
"Pihak kami menegaskan organisasi ini akan menubuhkan lembaga siasatan peringkat dalaman untuk mengenal pasti antara punca kejadian, bagi menilai secara profesional dan terperinci berhubung dakwaan tersebut," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan TDM sebagai tindakan, pegawai kanan berkenaan telah dilepaskan daripada tugas pemerintahan bagi membolehkan TDM melaksanakan siasatan secara telus dan menyeluruh.
"Sekiranya terbukti terdapat unsur salah laku dan guna kuasa seperti yang didakwa, pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan arahan TDM yang sedia ada," katanya.
Kenyataan TDM memaklumkan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, memandang serius berkenaan dakwaan itu dan akan berusaha mengenal pasti punca kejadian serta tidak akan berkompromi terhadap pelaku, jika terbukti bersalah tanpa mengira pangkat dan jawatan.
"TDM berharap agar semua pihak tidak menularkan laporan berkenaan dan tidak meninggalkan sebarang komen negatif, yang boleh mengganggu proses siasatan sehingga selesai dilaksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#tentera darat
#kes tular
#kekerasan pegawai kanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan