SUNGAI PETANI: Seorang pelajar perempuan maut apabila motosikal yang ditunggangi terlibat kemalangan dengan dua buah kereta di Simpang Tiga Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, di sini, pada Ahad.
Mangsa yang berusia 19 tahun merupakan pelajar sebuah kolej di Sungai Petani berasal dari Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam kejadian jam 2.50 petang itu mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Dinamik sedang bergerak dari arah Sungai Petani menghala ke Kulim.
“Siasatan awal ditempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun tidak nampak dan sempat mengelak motosikal mangsa yang ingin membelok masuk ke simpang sebelah kanan lalu melanggar motosikal mangsa dari bahagian belakang.
“Akibat pelanggaran itu mangsa terjatuh dan tercampak ke kiri jalan dan sebuah kereta jenis Toyota Vios turut melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Zaidy berkata, akibat kemalangan itu penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa kemudian dihantr ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Mar 24 2024
Seorang pelajar perempuan maut apabila motosikal yang ditunggangi terlibat kemalangan dengan dua buah kereta di Simpang Tiga Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, Sungai Petani. - Gambar ihsan PDRM
Microsoft bina pusat data guna kayu balak untuk kurangkan jejak karbon
Walaupun kayu CLT ini lebih mahal berbanding konkrit dan besi, ia jauh lebih ringan dan mudah untuk membangunkan struktur bangunan.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
JENDELA Fasa 2: MCMC mengenalpasti 2700 lokasi perlu ditambah baik
Timbalan Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Teo Nie Ching memaklumkan bahawa MCMC sedang mengenalpasti teknologi baru yang paling sesuai bagi jaringan internet yang lebih baik untuk digunakan dibawah JENDELA Fasa 2 pada tahun hadapan. Di Sarawak pula terdapat beberapa menara komunikasi berstatus 'naked tower' dan telah mengeluarkan arahan kepada penyedia perkhidmatan memberi penyelesaian interim untuk permasalahan ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Sebuah kereta terjatuh tebing akibat tanah runtuh di KL
Sebuah kereta jenis Proton Saga terjatuh ke dalam runtuhan tebing akibat kejadian tanah runtuh di Lembah Maju, Pandan Indah awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 4.35 pagi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 4.35 pagi.
6 maut dalam letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Gunung Lewotobi Laki-Laki, gunung berapi aktif di pulau Flores, timur Indonesia meletus awal pagi Isnin, mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang di sebuah perkampungan terpencil.
Minggu penting AS, tekanan pasaran dan ringgit tempatan meningkat
Kebimbangan dan ketidaktentuan meningkat menjelang dua agenda penting di Amerika Syarikat minggu ini. Namun, penganalisis pasaran kekal optimis bahawa FBM KLCI akan meneruskan trend kenaikan pada dua bulan terakhir 2024, dipacu beberapa faktor domestik.
Kes polis langgar pelajar ditangguhkan ke Selasa
Perbicaraan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar SPM ditangguh Selasa, bagi pasukan pembelaan baru teliti bukti.
PM ke China mulai 4 November bagi lawatan kerja empat hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 Nov 2024, atas jemputan daripada rakan sejawatnya Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China ketujuh (CIIE ke-7) di Shanghai.
Menurut kenyataan Wisma Putra pada Ahad, Malaysia diberi penghormatan sebagai "Country of Honour" di CIIE ketujuh pada tahun ini.
Menurut kenyataan Wisma Putra pada Ahad, Malaysia diberi penghormatan sebagai "Country of Honour" di CIIE ketujuh pada tahun ini.
PM Anwar akan kunjungi CIIE 2024 di China, rasmi Pavilion Malaysia - MATRADE
Malaysia diberi penghormatan sebagai 'Country of Honour' di CIIE 2024 yang berlangsung pada 5-10 Nov, 2024, di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional di Shanghai.
Malaysia syor Israel disingkir daripada PBB jika langgar undang-undang - PM
Malaysia telah menyediakan satu draf resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang antara lain mencadangkan agar Israel disingkir sebagai anggota pertubuhan itu.
MotoGP: Khairul Idham Pawi patah tangan kiri, terlepas perlumbaan sebenar esok
Khairul Idham Pawi dan Helmi Azman terlibat dalam kemalangan pada penghujung perlumbaan pusingan kelayakan 1 bagi kelas Moto2 MotoGP Malaysia.
Wanita maut motosikal dilanggar kereta dipandu warga asing
Wanita berusia 22 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Ego Avantiz dilanggar kereta jenis Naza dipandu warga asing berusia 33 tahun.
Suami isteri maut, anak parah, MPV rempuh jentera pengorek tanah di Kuantan
Sepasang suami isteri maut, manakala anak mereka cedera parah apabila kereta dinaiki merempuh jentera pengorek tanah.
Pengantin baharu terlibat kemalangan di Singapura, keluarga mohon bantuan awam
Akif-Zarr yang dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari tempat kerja telah digilis sebuah motosikal berkuasa besar.
Remaja maut terperosok bawah MPV di Tambun
Seorang remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah MPV di Bandar Baru Tambun, awal pagi ini.
Polis kesan saksi kemalangan maut penunggang motosikal di Lebuhraya Cheras-Kajang
Kejadian dipercayai berlaku pada 5.55 pagi 12 Okt menyebabkan seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun maut.
Ambulans bawa wanita hamil rempuh lembu di Gua Musang
Ambulans itu dalam perjalanan ke Hospital Sultan Sultan Ismail Petra (HSIP) di Kuala Krai ketika kemalangan berlaku pada kira-kira 4 pagi.
Beg berisi wang hilang, Azlan Komeng rayu pulangkan
PELAKON aksi, Azlan Komeng mendedahkan beg yang mengandungi barang niaga dan sejumlah wang tunai hilang selepas mereka terlibat dalam kemalangan pada Jumaat lalu di Kuala Lipis, Pahang.
Wanita maut kereta dipandu rempuh jentolak
Mangsa yang memandu kereta Axia itu tidak sempat membrek lalu merempuh belakang sebuah jentolak yang sedang bergerak.
Platform GMAT.com.my tawar pelan kemalangan pendaki
Pelan kemalangan pendaki (PA) menawarkan perlindungan kewangan terhadap pendaki yang ditimpa kemalangan ketika melakukan aktiviti pendakian di Malaysia yang mana terhad sehingga ketinggian 3,000 meter