SERI ISKANDAR: Pelajar khususnya berumur 12 hingga 17 tahun perlu divaksin sebelum sesi persekolahan dijadual dibuka pada 1 Sept ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Beliau berkata saranan itu sejajar dengan peningkatan jumlah kes dan penularan COVID-19 ketika ini, yang tidak mengenal mangsa termasuk kanak-kanak dan pelajar sekolah, justeru beliau berharap pihak berwajib dapat melaksanakan proses vaksinasi tersebut secepat mungkin.
"Mereka tidak terkecuali daripada COVID-19. Harap selepas selesai golongan dewasa mendapat vaksin, giliran kanak-kanak pula khasnya berumur 12 hingga 17 tahun. Saya harap perkara ini akan diputuskan dan dilaksanakan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) secara berperingkat, mengikut nasihat pakar.
"Harus kita ingat, kanak-kanak dalam kumpulan ini masih bersekolah. Jadi diharap mereka dapat diberi vaksin sebelum atau ketika sekolah dibuka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan," katanya selepas melawat Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, kira-kira 45 kilometer dari Ipoh hari ini.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan, kerajaan akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak dan remaja berumur 12 hingga 17 tahun mulai 15 Sept ini.
Menyentuh perkara sama, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, vaksinasi itu akan dimulakan mengikut keutamaan iaitu remaja yang mempunyai masalah kronik diikuti tanpa masalah perubatan dan berdasarkan penurunan umur.
Pada 17 Julai lepas, Kementerian Pendidikan membuat ketetapan bahawa, sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka mulai 1 Sept ini.
Dalam pada itu, Rina berharap ibu hamil dengan kandungan 14 hingga 33 minggu, akan terus diberikan keutamaan untuk mendapatkan vaksin di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negara.
"Bukan sahaja ibu, tetapi suami dan ahli keluarga perlu memainkan peranan penting, kerana ini kebaikan untuk semua termasuk anak dalam kandungan. Saya difahamkan, hampir 60 peratus daripada 150,000 ibu hamil telah mendaftar dan mendapatkan vaksin," katanya.
Mengenai program hari ini, beliau berkata pihak kementerian telah menyumbangkan RM494,400 kepada badan bukan kerajaan, Pertubuhan Restu Amal Jasa Malaysia dalam memastikan pelaksanaan Projek Rintis Penyumberan Luar (ASD) di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, berjaya direalisasikan.
Katanya program julung kali diadakan ini merupakan kerjasama strategik antara kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dalam memfokuskan strategi baharu serta perkongsian amalan terbaik bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan, khususnya membabitkan warga emas.
"Projek rintis ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK-11) di mana dari segi pengoperasian pihak kerajaan menyediakan fasiliti dari sudut infrastruktur, manakala dalam soal kakitangan, modul, penjagaan, operasi harian, pembangunan modal insan, ia diuruskan oleh NGO ini," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga berharap program yang akan dijalankan selama enam bulan bermula September depan itu, dapat meningkatkan kualiti dan perkhidmatan penjagaan terhadap 103 warga emas yang berada di institusi berkenaan.
"Kita akan lihat keberkesanan projek ini. Jika berjaya dan bertepatan dengan matlamat asal ASD diadakan, maka kita akan perluaskan di rumah seri kenangan ataupun di institusi lain di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 14 2021
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun (kiri) menjawab pertanyaan media selepas meninjau Rumah Seri Kembangan hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.
Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.
Judi dalam talian jerat 960,000 pelajar Indonesia
Kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar universiti awam dan swasta di seluruh negara.
KPT sasar 300,000 pelajar politeknik menjelang 2030
Politeknik penting kerana ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
2.3 juta murid, pelajar lepasan menengah sudah tebus Baucar Buku MADANI
Sejumlah 2.3 juta murid dan pelajar lepasan menengah telah membuat penebusan Baucar Buku MADANI bernilai RM190 juta setakat 8 Nov lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Lima lelaki ditahan rogol pelajar sekolah bergilir-gilir
Kejadian menimpa pelajar itu terbongkar selepas pasukan polis berjaya menemui mangsa hasil aduan dibuat oleh ibunya.
KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode'
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peranan kaunselor dan ibu bapa penting dalam membendung tindakan sedemikian di peringkat awal.
Parlimen: RM290 juta diperuntuk bagi Program Baucer Buku MADANI
Sebanyak RM290 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan Program Baucar Buku MADANI yang dijangka memanfaatkan lebih 3.5 juta pelajar.
Pelajar Palestin terima pendidikan di Pakistan ketika Israel terus lancar serangan
Kumpulan pertama pelajar Palestin tiba di Lahore, wilayah Punjab dan lebih ramai akan tiba di Islamabad.
Pelajar kibar bendera China bukan rakyat Malaysia - Fahmi
Pelajar yang mengibarkan bendera China di sebuah sekolah menengah persendirian di Pulau Pinang seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini bukanlah warga negara Malaysia.