awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelarasan jadual bas elektrik tingkatkan pengalaman pelancong ke Semenggoh
Ahli perniagaan rugi RM1.25 juta terperdaya pelaburan klon
PKR adakan Kongres Nasional di Melaka pada 25-28 Jun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar PhD UMK maut, kereta terjunam ke dalam tasik

Bernama
Bernama
02/12/2025
15:35 MYT
Pelajar PhD UMK maut, kereta terjunam ke dalam tasik
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya berjaya keluar menyelamatkan diri. - IPD Jeli
KOTA BHARU: Seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) maut manakala rakannya cedera selepas kereta Perodua Axia yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik di kampus universiti itu, di Jeli petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang, mangsa, Muhammad Amidee Abdullah, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya berjaya keluar menyelamatkan diri.
Ketua Polis Daerah Jeli Supt Kamarulzaman Harun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada 6.35 petang sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi.
Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta berkenaan yang dipandu mangsa melalui selekoh dan menuruni bukit di dalam kawasan kampus itu sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke dalam tasik.
"Bedah siasat akan dijalankan di Bahagian Forensik Hospital Jeli dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sementara itu, UMK dalam kenyataan malam ini memaklumkan Allahyarham Muhammad Amidee berasal dari Kampung Manal Jaya, Tanah Merah dan merupakan mahasiswa pascasiswazah di Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi.
"Pada masa ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan UMK sedang memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam proses siasatan itu.
"UMK merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. UMK turut menyediakan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham bagi membantu mereka menghadapi saat-saat sukar ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar PhD
#UMK
#kereta terbabas
#terjunam dalam tasik
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan