awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar sekolah antara golongan penyumbang kemalangan maut

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2017
14:26 MYT
Pelajar sekolah antara golongan penyumbang kemalangan maut
Pelajar sekolah turut menyumbang kepada kemalangan maut bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.
Lebih 1,000 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan melibatkan pelajar sekolah dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor yang dipetik Bernama berkata angka kematian itu melibatkan pelajar sekolah berusia antara enam hingga 20 tahun.
Menurutnya, jumlah golongan itu yang cedera parah akibat kemalangan jalan raya bagi tempoh sama seramai 1,150 orang manakala 1,675 mengalami cedera ringan.
"Untuk rekod, sebanyak 5,083 kematian direkodkan daripada 400,788 kes kemalangan jalan raya di negeri ini dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 1,077 kematian direkodkan melibatkan pelajar sekolah berusia enam hingga 20 tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Pencegahan Jenayah di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Sun Teoh Tia dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Prof Datuk Dr Izaidin Abdul Majid.
Dalam pada itu, Sharul Othman memaklumkan, kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal berusia 16 hingga 25 tahun adalah tertinggi direkodkan iaitu sebanyak 1,043 kes daripada 3,232 kes.
"Penunggang dan pembonceng motosikal masih lagi menjadi kumpulan pengguna jalan raya yang paling terdedah serta berisiko tinggi terlibat dalam kes kemalangan jalan raya di negara ini.
"Siasatan mendapati, angka tertinggi bagi golongan ini kerana kebanyakan mereka sering mengabaikan isyarat lalu lintas dan aspek keselamatan yang lain," katanya.
Topic Berkaitan
#cedera ringan
#cederah parah
#kemalangan jalan raya
#kemalangan maut
#motosikal
#pelajar sekolah
#pembonceng
#Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Bukit
#penunggang
#Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan