awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/02/2025
10:27 MYT
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Mangsa dikatakan rebah sebaik melepasi garisan penamat dan diberi bantuan awal sebelum ketibaan ambulans. - Gambar/ PDRM
SUNGAI PETANI: Seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di sini meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 16, dikatakan telah berjaya menamatkan acara larian sejauh enam kilometer itu sebelum rebah tidak sedarkan diri sebaik melepasi garisan penamat.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pelajar itu menyertai acara merentas desa peringkat sekolah bersama pelajar lain.
“Sebaik tiba di garisan penamat di padang sekolah, pelajar terbabit yang dikenali sebagai seorang yang aktif bersukan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.
“Guru bertugas bersama pelajar yang merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) kemudian telah membawa pelajar itu ke khemah dan memberikan bantuan pertolongan cemas, namun pelajar itu tidak memberikan sebarang tindak balas,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Katanya, guru turut menghubungi ambulans Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) namun pelajar itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
“Hasil siasatan polis dengan bapa mangsa mendapati anaknya itu sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit dan merupakan pelajar aktif bersukan.
“Semakan pihak kita juga mendapati bapa mangsa memberi kebenaran bertulis membenarkan anaknya menyertai acara sukan tersebut,” ujarnya.
Tambahnya, pemeriksaan awal polis ke atas mayat pelajar berkenaan tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#merentas desa
#pelajar maut
#meninggal dunia
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan