awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar sesat di Gunung Datuk ditemui selamat

Bernama
Bernama
08/11/2014
05:56 MYT
Pelajar sesat di Gunung Datuk ditemui selamat
Pelajar sesat di Gunung Datuk ditemui selamat
Seorang pelajar perempuan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Cawangan Alor Gajah, Melaka yang sesat di Gunung Datuk dekat sini petang semalam dijumpai dalam keadaan selamat malam tadi.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Johari Ahmad berkata Glausia a/p Galayan, 20, berasal dari Sarawak ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 8.47 malam.
"Mangsa dijumpai pada ketinggian kira-kira 263 meter dan dibawa turun kira-kira pukul 11.48 malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa yang cedera di kaki kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah.
Mangsa dipercayai sesat selepas mendaki gunung itu seorang diri. Dia yang berjaya sampai ke puncak gunung difahamkan sempat menghubungi rakannya dan memaklumkan dia sesat dan gagal menemui jalan keluar.
Penuntut itu juga dikatakan menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan.
Sepasukan 12 anggota bomba bersama kakitangan Jabatan Perhutanan dan anggota polis menyertai gerakan mencari dan menyelamat.
Johari mengingatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti pendakian ketika musim hujan sekarang.
Gunung Datuk setinggi 884 meter merupakan antara tarikan pelancongan di Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#Gunung Datuk
#hilang
#Rembau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan