KUALA TERENGGANU: Kerugian dialami pengusaha keropok keping yang tidak sempat mengalihkan jemuran setiap kali hujan, mendorong sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut mencipta satu sistem untuk menangani masalah tersebut.
Sistem 'I Best Protection Device' (i-ProD) itu dihasilkan oleh empat pelajar Tingkatan Lima iaitu Muhammad Amzar Najmi Saharuddin, Wan Ahmad Nu'man Wan Saidi, Muhammad Imdad Abdul Salam dan Muqri Syamil Aiman Mazdi Amram.
Ketua kumpulan Muhammad Amzar Najmi berkata mereka mengambil masa sebulan untuk menghasilkan prototaip i-ProD itu, dengan kos hanya RM49 menggunakan bahan seperti kotak, batang aiskrim, lidi, sensor hujan, straw terpakai dan beberapa alat sensor yang lain.
"Pada musim tengkujuh, ramai pengusaha keropok keping tradisional di Terengganu berdepan masalah, tidak dapat menjemur bahan makanan tersebut kerana hujan yang tidak menentu melambatkan proses pengeringan.
"Keistimewaan penggunaan sistem ini akan membolehkan pengusaha menjemur keropok keping mereka dengan lebih efisyen tanpa menggunakan tenaga pekerja yang ramai, malah risiko kerugian juga dapat diminimakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama di pameran inovasi sempena perasmian sambutan ulang tahun Jubli Emas Yayasan Terengganu yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di sini.
Tambahnya, hasil soal selidik yang dijalankan dengan pengusaha keropok keping mendapati 96 peratus mengakui i-ProD dapat dikendalikan dengan mudah dan berkesan, dalam menangani masalah yang sering dihadapi selama ini.
"Cuma, untuk kegunaan industri, modal permulaan bagi memasang i-ProD agak mahal namun ia berbaloi untuk penggunaan jangka masa panjang. Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat, untuk mengkomersialkan i-ProD untuk pasaran," katanya.
Selain Besut, Yayasan Terengganu mempunyai tujuh lagi sekolah menengah Imtiaz yang mempamerkan produk inovasi hasil penyelidikan mereka di majlis tersebut iaitu Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Sistem ini akan membolehkan pengusaha menjemur keropok keping mereka dengan lebih efisyen tanpa menggunakan tenaga pekerja yang ramai. - Gambar hiasan/BERNAMA
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Pelajar SM Imtiaz Besut hasilkan i-ProD bantu pengusaha keropok keping
Sistem ini akan membolehkan pengusaha menjemur keropok keping mereka dengan lebih efisyen tanpa menggunakan tenaga pekerja yang ramai.