KUALA TERENGGANU: Kerugian dialami pengusaha keropok keping yang tidak sempat mengalihkan jemuran setiap kali hujan, mendorong sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut mencipta satu sistem untuk menangani masalah tersebut.
Sistem 'I Best Protection Device' (i-ProD) itu dihasilkan oleh empat pelajar Tingkatan Lima iaitu Muhammad Amzar Najmi Saharuddin, Wan Ahmad Nu'man Wan Saidi, Muhammad Imdad Abdul Salam dan Muqri Syamil Aiman Mazdi Amram.
Ketua kumpulan Muhammad Amzar Najmi berkata mereka mengambil masa sebulan untuk menghasilkan prototaip i-ProD itu, dengan kos hanya RM49 menggunakan bahan seperti kotak, batang aiskrim, lidi, sensor hujan, straw terpakai dan beberapa alat sensor yang lain.
"Pada musim tengkujuh, ramai pengusaha keropok keping tradisional di Terengganu berdepan masalah, tidak dapat menjemur bahan makanan tersebut kerana hujan yang tidak menentu melambatkan proses pengeringan.
"Keistimewaan penggunaan sistem ini akan membolehkan pengusaha menjemur keropok keping mereka dengan lebih efisyen tanpa menggunakan tenaga pekerja yang ramai, malah risiko kerugian juga dapat diminimakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama di pameran inovasi sempena perasmian sambutan ulang tahun Jubli Emas Yayasan Terengganu yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di sini.
Tambahnya, hasil soal selidik yang dijalankan dengan pengusaha keropok keping mendapati 96 peratus mengakui i-ProD dapat dikendalikan dengan mudah dan berkesan, dalam menangani masalah yang sering dihadapi selama ini.
"Cuma, untuk kegunaan industri, modal permulaan bagi memasang i-ProD agak mahal namun ia berbaloi untuk penggunaan jangka masa panjang. Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat, untuk mengkomersialkan i-ProD untuk pasaran," katanya.
Selain Besut, Yayasan Terengganu mempunyai tujuh lagi sekolah menengah Imtiaz yang mempamerkan produk inovasi hasil penyelidikan mereka di majlis tersebut iaitu Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Sistem ini akan membolehkan pengusaha menjemur keropok keping mereka dengan lebih efisyen tanpa menggunakan tenaga pekerja yang ramai. - Gambar hiasan/BERNAMA
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Pelajar SM Imtiaz Besut hasilkan i-ProD bantu pengusaha keropok keping
Sistem ini akan membolehkan pengusaha menjemur keropok keping mereka dengan lebih efisyen tanpa menggunakan tenaga pekerja yang ramai.