Kurang penguasaan dalam Bahasa Melayu tidak menghalang 77 pelajar dari Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) untuk berusaha dan menghasilkan cerpen dan puisi dalam bahasa kebangsaan.
Pelajar yang berusia antara 14 tahun hingga 18 tahun ini berjaya menghasilkan 60 puisi dan 22 cerpen untuk dibukukan dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Menurut Urusetia Dewan Bahasa dan Pustaka, Siti Irni Yuslinda Mosman, kesemua pelajar ini telah diberi pendedahan menerusi bengkel pemurnian karya tunas remaja selama tiga hari anjuran DBP.
"Program ini unik kerana ia mengumpulkan pelajar dari Sekolah Persendirian Cina yang kita tahu tidak mengguna Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.
"Tetapi dengan kerjasama dengan Pusat Kebudayaan Han Malaysia, kami mendapat sambutan baik bagi bengkel ini," kata Siti Irni ketika ditemui selepas sesi Pemurniaan Karya Penulisan Kreatif dan Penyampaian Sijil di sini, pada Ahad.
Katanya, karya yang dihasilkan banyak mengetengahkan hal budaya masyarakat cina di Malaysia, dan apabila ia dibukukan dalam bentuk antalogi, ia boleh menjadi dokumen budaya kepada generasi akan datang.
Sementara itu, bagi seorang guru bahasa melayu di Sekolah Tinggi Chong Hwa di Muar, Augustino, beliau sememangnya berasa bangga dengan pencapaian anak-anak muridnya.
"Memang bangga dan berbaloi dengan usaha mereka selama 2 hingga 3 tahun ini.
"Kursus ini mampu mencungkil bakat dan menarik minat pelajar lain untuk menulis dan pelajari bahasa melayu," kata Agustino.
Katanya, cabaran yang dihadapi sebagai guru adalah kebanyakan pelajar tidak memiliki asas bahasa melayu dan berdepan kesukaran untuk belajar.
Namun dia percaya, pelajar akan menerima manfaat jika bahasa melayu itu dapat dikuasai kerana bukan sahaja memudahkan untuk berkomunikasi tetapi mereka mempunyai masa depan yang lebih cerah.
Pelajar yang ditemui amat berbangga dengan pencapaian mereka dan menyifatkan bahasa kebangsaan boleh membawa kepada perpaduan di Malaysia.
"Saya rasa menulis dalam bahasa melayu merupakan cara yang baik untuk kaum lain memahami budaya kaum cina. Selain itu ia membantu saya bagi peluang untuk berkawan dengan kaum lain juga," kata Chin Lee Sin, 18, seorang pelajar dari SMPC Kwang Hua Klang.
"Sebagai orang cina, apabila saya gunakan bahasa Malaysia, saya rasa lebih rapat dengan orang melayu, dan saya percaya bahasa dapat menguatkan perpaduan antara kaum," kata Ian Chin Chung Yoon, 18, juga seorang pelajar dari SMPC Kwang Hua Klang.
Bengkel ini merupakan usaha DPB dalam mengalakkan lagi penggunaan bahasa melayu dan meningkatkan apresiasi sastera dalam kalangan masyarakat.
Dania Zainuddin
Sun Aug 28 2016
Program ini unik kerana ia mengumpulkan pelajar dari Sekolah Persendirian Cina yang kita tahu tidak mengguna Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. - Gambar Astro AWANI
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
Bidang penulisan kreatif wajar diperkenalkan secara menyeluruh - Noraini
Bidang penulisan kreatif wajar diperkenalkan secara lebih menyeluruh di semua peringkat dan lapisan masyarakat, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.
Perginya Marjan S penyair posmen (1967 - 15 Januari 2021)
Marjan S saya anggap saudara, satu 'baiah' anak dagang asal Kedah yang melilau mencari jalan menjadi penyair dalam meriah semangat Pasar Seni 33 tahun lalu.
KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa (3)
Siti Jasmina punya pengalaman hampir 20 tahun menulis skrip. Bekerja dengan idea dan pelbagai tema cerita di semua stesen TV nasional.
KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa (2)
Hakikatnya, wanita punya sejarah luar biasa. Gerakan massa kaum ibu bermula pada 28 Februari 1908.
KLWBC 2020: Misteri & magis Zaen Kasturi
Internet boleh memberikan maklumat mengenai penulis misteri ini, melebihi apa yang boleh diceritakan Zaen Kasturi secara peribadi.
Pelajar SMPC berjaya hasilkan cerpen dan puisi dalam Bahasa Melayu
Kurang penguasaan dalam Bahasa Melayu tidak menghalang 77 pelajar dari Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) untuk berusaha dan menghasilkan cerpen dan puisi dalam bahasa kebangsaan.