awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tahfiz cedera tercucuk kepala paip besi pada perut

Bernama
Bernama
22/04/2021
20:26 MYT
Pelajar tahfiz cedera tercucuk kepala paip besi pada perut
Pasukan bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong batang besi yang bersambung dengan kepala paip berkenaan menggunakan pemotong hidraulik.
MELAKA: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas tercucuk kepala paip besi pada perutnya dalam kejadian di Madrasah Hj Ghani, Kampung Serkam Timur di Merlimau, Jasin malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Penolong Pegawai Bomba Mohd Faisal Fuad berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.42 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama-sama tujuh anggota dan tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian.
"Setelah tiba di tempat kejadian kami mendapati seorang pelajar tahfiz tercucuk kepala paip besi di bahagian perut.
"Pasukan bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong batang besi yang bersambung dengan kepala paip berkenaan menggunakan pemotong hidraulik," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.
Beliau berkata mangsa dibawa dengan ambulans untuk menerima rawatan lanjut di hospital berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tahfiz
#Madrasah Hj Ghani
#tercucuk besi
#bomba
#perut
#batang besi
#kepala paip
#Kampung Serkam Timur
#Merlimau
#Jasin
#Mohd Faisal Fuad
#cedera
#pelajar tahfiz
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan