awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tahfiz maut, kereta dinaiki terbabas sebelum rempuh pokok

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
01/03/2022
07:53 MYT
Pelajar tahfiz maut, kereta dinaiki terbabas sebelum rempuh pokok
Pemandu dipercayai telah hilang kawalan sebaik melalui selekoh jalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh sebatang pokok di hadapannya. - Foto ihsan pembaca
TASEK GELUGOR: Seorang pelajar tahfiz maut manakala empat yang lain cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok dalam kemalangan di Jalan Guar Petai, di sini pagi tadi.
Pelajar perempuan berusia 17 tahun yang juga penumpang hadapan itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat termasuk guru yang cedera dikejarkan ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan lanjut.
Kejadian dilaporkan berlaku kira -kira jam 8 pagi melibatkan kenderaan jenis pelbagai guna MPV Toyota Avanza yang dinaiki guru dan pelajar Maahad Tahfiz di Sungai Dua .
Ketika kejadian difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke Sungai Dua sebelum nahas berlaku.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, siasatan mendapati kenderaan tersebut dalam perjalanan dari arah Guar Petai menuju ke Sungai Dua.
Bagaimanapun pemandu dipercayai telah hilang kawalan sebaik melalui selekoh jalan berkenan dan terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh sebatang pokok di hadapannya.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam kenyataan memaklumkan pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan pada jam 7.57 pagi.
Sepasukan anggota bergegas ke lokasi dan mendapati lima mangsa menaiki kenderaan jenis Toyota Avanza tersebut.
Seorang mangsa dilaporkan tersepit di bahagian belakang dan pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Kepala Batas,(HKB) untuk rawatan lanjut, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 9.34 pagi.
Topic Berkaitan
#pelajar tahfiz maut
#kemalangan Sungai Dua
#kenderaan langgar pokok
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan