Gambar ini memaparkan sekumpulan pelajar Tahun Satu dari Sekolah Nanga Jagau di Kanowit, di pedalaman Sarawak, menunjukkan hasil lukisan mereka pada 24 Julai lalu. Meskipun sekolah itu berada jauh di kawasan bandar (mengambil masa lebih enam jam perjalanan menggunakan bot), pelajar-pelajar ini tekad untuk menunjukkan rasa sokongan mereka kepada mangsa tragedi nahas pesawat MH17 sejurus mendengar berita menyedihkannya itu.

Foto ini dihantar kepada Astro AWANI oleh salah seorang guru pelajar ini iaitu Fardzizul Ismail menerusi laman Facebook. “Minta maaf sekiranya lukisan ini tidak cantik, namun mereka benar-benar maksudkannya,” tulis beliau.

Terima kasih, Encil Fardzizul kerana mengajar kanak-kanak ini menjadi prihatin terhadap kesengsaraan insan yang bersedih dengan tragedi tidak dijangka yang meragut 298 nyawa.

Mh17