awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar terjejas banjir tidak perlu pakai uniform ke sekolah - Fadhlina

Bernama
Bernama
21/03/2025
07:45 MYT
Pelajar terjejas banjir tidak perlu pakai uniform ke sekolah - Fadhlina
Fadhlina (tengah) bercakap kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Kencana, Simpang Renggam hari ini. - Foto Bernama
KLUANG: Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kelonggaran kepada pelajar yang terjejas banjir untuk tidak memakai seragam sekolah, susulan kebanyakannya tidak membawa pakaian itu ke sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Ringkasan AI
  • Kementerian Pendidikan memberikan kelonggaran kepada pelajar yang terjejas banjir untuk tidak memakai seragam sekolah bagi memastikan kehadiran mereka ke sekolah dan tidak membebankan ibu bapa.
  • Kementerian mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk memantau guru-guru yang mengajar dan tinggal di kawasan terjejas banjir.
  • Hujan lebat menyebabkan tujuh sekolah di Johor ditutup dan 47 sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), dengan 886 murid dan pelajar berada di PPS.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kelonggaran itu diberi bagi memastikan kehadiran pelajar ke sekolah dan mereka dapat mengikuti sesi pembelajaran yang ditetapkan, sekali gus tidak membebankan ibu bapa.
Beliau berkata kelonggaran itu turut diberikan kepada pelajar yang tidak terjejas banjir, namun tidak dapat menyediakan pakaian seragam sekolah kerana tidak kering berikutan hujan lebat tanpa henti sejak beberapa hari lepas.
"Sewaktu diadakan (beroperasinya) pusat PPS di sini, ada anak-anak yang tidak mengenakan pakaian seragam kerana mereka tidak sempat bawa semasa diarah berpindah.
"Kita turut memberikan kelonggaran kepada pelajar yang tidak dapat sediakan pakaian seragam (basah) setelah hujan berterusan tetapi perlulah mengenakan pakaian yang sopan dan bersesuaian," katanya kepada pemberita semasa meninjau PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kencana, Simpang Renggam di sini hari ini.
Fadhlina berkata pihak kementerian juga mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) memantau guru-guru yang mengajar dan mereka yang tinggal di kawasan terjejas banjir.
"Semalam, pihak kami ada menerima aduan berkaitan beberapa pengajar terkandas di sekolah setelah banjir berlaku dan KPM mengambil langkah sewajarnya, dan pemantauan akan diteruskan," katanya.
Beliau berkata hujan lebat sejak beberapa hari lepas menyebabkan tujuh sekolah di Johor ditutup hari ini (Jumaat) melibatkan daerah Johor Bahru (tiga) Kota Tinggi (tiga) dan Pasir Gudang (satu), manakala 47 sekolah dijadikan PPS.
"Setakat ini bilangan murid dan pelajar yang dilaporkan berada di PPS di Johor seramai 886 orang, manakala daerah Pontian merekodkan jumlah tertinggi sekolah dijadikan PPS iaitu 13 sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar terjejas banjir
#tidak perlu pakai uniform
#Fadhlina Sidek
#banjir johor
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan