MALAYSIA
Pelajar terlibat Daish: Kementerian beri maklumat kepada polis

Pemantauan kini dipergiatkan di semua IPT untuk memastikan gejala penglibatan pelajar dalam kegiatan Daish dapat dibendung sepenuhnya. - Gambar hiasan
Kementerian Pendidikan Tinggi telah memberi maklumat kepada pihak polis mengenai dua pelajar universiti awam yang terlibat dalam kegiatan Daish seperti dilaporkan media.
"Pihak kementerian akan terus memberi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam hal ini," kata kementerian itu dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Kementerian itu menegaskan bahawa pemantauan kini dipergiatkan di semua institusi pengajian tinggi (IPT) untuk memastikan gejala penglibatan pelajar dalam kegiatan Daish dapat dibendung sepenuhnya. -BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami