awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Maal Hijrah 1447 detik permulaan hidup yang lebih diberkati dan bermakna - PM
MALAYSIA
Iran hargai sokongan Malaysia sepanjang 12 hari serangan Israel - Duta
MALAYSIA
Johor laksana 33 projek landskap bernilai RM152.44 juta - Onn Hafiz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pelajar tingkatan lima maut langgar lori

Bernama
Bernama
26/06/2025
10:09 MYT
Sponsor Banner
Pelajar tingkatan lima maut langgar lori
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian badan. - Gambar tular
KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 30, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu (Simpang Tiga Banir Belikong) di Pasir Puteh, semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kemalangan itu kira-kira 3.15 petang.
"Kemalangan berlaku ketika mangsa, Nik Ikram Hakimi Nik Mohd Nuzaihan, 17, dalam perjalanan dari Selising menghala ke Pasir Puteh.
"Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah lori dipandu lelaki berusia 38 tahun dari arah Pasir Puteh yang hendak masuk ke simpang Banir Belikong. Mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang lori dan terjatuh di laluan bertentangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Nik Ikram Hakimi meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera pada bahagian badan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Aliah Syafinah Ani Sarudin melalui talian 013-6706156 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar tingkatan lima
#motosikal
#Lori
#Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami