awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
18/12/2024
23:40 MYT
Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam
Keadaan kenderaan mangsa yang terlibat dalam nahas di simpang tiga Persiaran Permai - Jalan Plumbum 7/98, Seksyen 7, Shah Alam. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di simpang tiga Persiaran Permai - Jalan Plumbum 7/98, Seksyen 7, Shah Alam, pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.25 pagi, motosikal jenis Modenas RS200 yang dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan melanggar bahagian hadapan sebuah kereta Proton Saga yang sedang membelok ke kanan dari Persiaran Permai ke Jalan Plumbum 7/98.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt. Ramsay Anak Embol, siasatan awal mendapati kereta itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 53 tahun, manakala kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 22 tahun adalah pelajar UiTM.
“Mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu mengalami kecederaan serius di kepala dan patah kaki.
"Mereka kini menerima rawatan di Hospital Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman, di talian 019-7757354.
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#cedera parah
#UiTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan