JOHOR BAHRU: Pelajar dari Uzbekistan State World Languages University, Nargiza Ortikova, dinobat sebagai johan kategori antarabangsa pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021 di Universiti Teknologi Malaysia di sini hari ini.
Pelajar berusia 24 tahun itu, yang sudah mempelajari Bahasa Melayu selama empat tahun, meluahkan rasa terkejut dan turut mendedikasikan kemenangan tersebut kepada guru bahasa serta suaminya.
"Saya sangat suka Bahasa Melayu sebab kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas," katanya selepas upacara penyampaian hadiah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Tempat kedua bagi kategori sama dimenangi Hana Takahashi, 22, dari Tokyo University of Foreign Studies dan di tempat ketiga ialah Youssouf Haidara, 36, dari Mali, yang menuntut di Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia.
Bagi Kategori Alam Melayu, johan dan naib johan milik peserta negara iaitu Siti Nur Shafika Md Fakharuzi, 22, dari Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Munira Muhamad dari Universiti Sains Islam Malaysia manakala tempat ketiga dimenangi Muhammaf Iqbaal Syakib Suhib, yang merupakan penuntut Universiti Islam Sultan Sharif Ali di Brunei.
Kategori Antarabangsa di Malaysia pula menyaksikan johan menjadi milik Aminata Koutoub Sano, 21, dari Guinea yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia manakala tempat kedua dimenangi Salma Wael Marzouk Abouelsoud Hashem, 20, dari Mesir yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh Rubiat Sadia Mim dari Bangladesh, penuntut Universiti Teknologi Malaysia.
Johan bagi setiap kategori membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM10,000 dan sijil penghargaan.
Naib johan dan pemenang tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM8,000 dan RM5,000 beserta piala dan sijil iringan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan hadiah kepada Johan Kategori Antarabangsa Nargiza Ortikova Amirdin Qizi dari Uzbekistan. - Foto BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pelajar Uzbekistan dinobat sebagai johan kategori antarabangsa PABM 2021
Pelajar berusia 24 tahun itu, yang sudah mempelajari Bahasa Melayu selama empat tahun, meluahkan rasa terkejut dan turut mendedikasikan kemenangan tersebut kepada guru bahasa serta suaminya.