awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon drama YouTube didakwa lakukan pemerasan, buat laporan palsu dirogol

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
14/01/2021
09:12 MYT
Pelakon drama YouTube didakwa lakukan pemerasan, buat laporan palsu dirogol
Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU:Seorang pelakon drama pendek di YouTube didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas pertuduhan pemerasan sehingga mendatangkan ketakutan serta membuat laporan palsu kononnya dirogol, Disember lepas.
Tertuduh Nor Hafizah Shamsuddin, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki berusia 29 tahun sehingga mendatangkan ketakutan dengan melaporkan dirinya dirogol lelaki berkenaan.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di Pengkalan Chepa sekitar jam 3 petang pada 19 Disember lepas.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah memberikan maklumat palsu kepada anggota polis mendakwa dirinya dirogol oleh dua lelaki dengan niat supaya mereka dikenakan tindakan.
Kesalahan itu dilakukan di kaunter Balai Polis Kubang Kerian pada jam 12.08 malam pada 20 Disember lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amurda Shasha Amir Shariffuddin manakala tertuduh diwakili peguam Riduan Ismail.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 bagi pertuduhan pertama dan RM1,000 untuk pertuduhan kedua dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 21 Febuari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#pelakon
#drama
#YouTube
#didakwa
#mahkamah
#buat laporan palsu
#dirogol
#pemerasan
#Kelantan
#Kota Bharu
#Mahkamah Majistret
#pelakon youtube
#Nor Hafizah Shamsuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan