Pelakon Datin Maria Farida hari ini memperoleh ganti rugi berjumlah RM400,000 selepas berjaya dalam kes saman fitnah yang difailkannya terhadap ahli perniagaan kosmetik dan anak perempuannya, tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas mengambil kira kegagalan defendan iaitu Hadijah Mohamed Mokhtar dan anaknya Nur Shazleen Anis Mohd Yusoff, untuk hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes saman berkenaan.
Mahkamah memerintahkan Hadijah membayar ganti rugi RM300,000 manakala Nur Shazleen RM100,000 selain mengarahkan dua beranak itu membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Maria Farida atau nama sebenarnya Maria Faridah Atienza selaku plaintif dalam kes saman itu.
Dalam penghakimannya, Wan Ahmad Farid berkata mahkamah juga mengambil kira kesan fitnah yang dilakukan oleh kedua-dua defendan terhadap Maria Farida.
Katanya, kedua-dua defendan telah memuat naik kenyataan yang memfitnah pelakon itu dalam akaun Instagram milik mereka, yang mempunyai ramai pengikut.
"Defendan pertama (Hadijah) mempunyai 17,300 pengikut dalam Instagramnya manakala defendan kedua (Nur Shazleen) mempunyai lebih kurang 13,000 pengikut," kata Wan Ahmad Farid.
Maria Farida yang diwakili peguam Tengku Haris Tengku Rostam tidak hadir pada prosiding hari ini manakala kedua-dua defendan diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.
Mahkamah mengeluarkan penghakiman penuh pada 7 Nov 2017 berikutan kegagalan kedua-dua defendan mematuhi arahan mahkamah termasuk tidak hadir pada prosiding perbicaraan yang ditetapkan pada tarikh sama (7 Nov).
Dalam penghakiman itu, mahkamah antara lain mengeluarkan perintah supaya kedua-dua defendan membuat permohonan maaf kepada plaintif dan isi kandungannya perlu dipersetujui oleh plaintif sebelum diterbitkan di semua media termasuk Berita Harian dan disiarkan menerusi akaun Facebook dan Instagram milik defendan.
Mahkamah juga membatalkan tuntutan balas difailkan Hadijah terhadap Maria Farida atas dakwaan pelakon itu membuat kenyataan media berunsur fitnah menerusi sebuah program hiburan pada 25 Okt 2015.
Pada 6 Nov 2017, Wan Ahmad Farid telah membenarkan perintah komital yang dimohon oleh Maria Farida terhadap Hadijah atas kesalahan menghina mahkamah kerana mengingkari perintah injunksi bertarikh 2 Jun 2017 antara lain melarang defendan daripada membuat, mengeluarkan, menerbit, menyiar segala pernyataan terhadap Maria Farida.
Bagi kesalahan tersebut, Wan Ahmad Farid memerintahkan supaya Hadijah membayar denda RM30,000 dan jika gagal hendaklah dikomitkan (dihantar) ke penjara selama dua minggu.
Maria Farida, 48, menyaman Hadijah atau lebih dikenali sebagai Karen Rahman dan Nur Shazleen pada 30 Dis 2016 atas dakwaan mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap pelakon itu yang disiarkan menerusi Instagram, Facebook dan juga di akhbar Berita Harian.
Dalam pernyataan tuntutan, Maria Farida mendakwa beliau telah menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berunsur penghinaan daripada Hadijah selain mendakwa gambarnya turut digunakan bagi tujuan mempromosikan produk KR Beauty Care milik Hadijah walaupun terdapat larangan untuk defendan pertama (Hadijah) berbuat demikian.
Akibat pernyataan berunsur fitnah itu, Maria Farida mendakwa reputasi dan kerjayanya sebagai pelakon telah tercemar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 05 2018
Maria Farida menyaman Hadijah atau lebih dikenali sebagai Karen Rahman dan Nur Shazleen pada 30 Dis 2016 atas dakwaan mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap pelakon itu. - Gambar fail
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Ahli perniagaan hadapi tujuh pertuduhan tipu rakan RM580,000
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki melibatkan kerugian berjumlah RM580,000.
Kontrak urus kenderaan kerajaan: Ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok
Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen berhubung kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan
Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap pertuduhan menipu seorang usahawan wanita berhubung pembekalan sarung tangan ketika pandemik COVID-19.
Bermula hanya sekadar hobi, ahli perniagaan tekad buka zoo
Bermula dengan hobi memelihara binatang, seorang ahli perniagaan melangkah lebih jauh apabila memutuskan untuk membuka zoo.
SPRM beku akaun ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta
SPRM membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang bernilai puluhan juta ringgit.
Culik ahli perniagaan wanita untuk tebusan RM2 juta: Dua lelaki dihukum penjara 30 tahun
Panel tiga hakim menolak rayuan Lew Ngee Chin dan Chin Yoon Tack@Chin Yoon Tock berhubung sabitan terhadap mereka.
Atikah Suhaime, Datuk Lokman Teh selamat bernikah
Atikah, 33, yang dinikahkan sendiri oleh bapanya dalam satu majlis tertutup pada Ahad menerima mas kahwin sebanyak RM300.
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran 'Dato' Sri' palsu
Dia didakwa mengeluarkan surat bagi tujuan perniagaan menggunakan gelaran Dato' Sri sebagai penerima Anugerah SSAP daripada Sultan Pahang.
Datuk didenda RM50,000 pindah tanah tanpa kebenaran
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk didenda RM50,000 selepas mengaku salah memindahkan tanah miliknya ke tanah kerajaan tanpa kebenaran.