awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon popular didakwa di mahkamah pagi ini

Sinar Harian
Sinar Harian
18/01/2023
00:30 MYT
Pelakon popular didakwa di mahkamah pagi ini
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular yang ditahan kerana didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut di sini akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pelakon berusia 38 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Dia akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 9 pagi, pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pada 16 Jun tahun lalu, media melaporkan pelakon itu ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut di sini.
Pelakon yang mendiami kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ.
Kejadian dipercayai berlaku selepas pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa.
Berikutan kejadian, pelakon itu direman tiga hari dan dibebaskan sementara kertas siasatan lengkap untuk pertuduhan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelakon popular
#tumbuk dan tendang penghuni kondominium
#Beh Eng Lai
#dakwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan