Dalam memenuhi agenda Matlamat Pembangunan Lestari seperti yang dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia, seperti negara-negara lain, perlu terlebih dahulu menangani cabaran perubahan iklim yang menjadi salah satu isu utama dalam pelaksanaannya.
Pembangunan negara ini perlu diselaras secara seimbang dengan kelestarian alam sekitar, dengan cara memikirkan kepentingan perubahan iklim, degradasi alam sekitar dan penggunaan sumber alam dengan lebih bijak.
"Kebimbangan itu berkaitan bidang utama, iaitu degradasi sumber hutan, laut dan sumber air tawar, peningkatan kejadian hidro-meteorologi dan geomorfologi, kemerosotan keupayaan pengeluaran makanan dan sistem ekonomi yang dipacu oleh alam sekitar.
"Selain itu, perlu juga keutamaan pada isu-isu keadilan etika perubahan iklim seperti anjakan yang disebabkan oleh alam sekitar dan penghijrahan, kekurangan sumber rezeki dan keselamatan serta kesejahteraan daripada sektor masyarakat yang lebih terpinggir," kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu menyampaikan ucaptama perasmian Sdang Kemuncak Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 di ibu negara, pada Rabu.
Tambah Tun Mahathir, biarpun kerajaan berusaha keras dalam memastikan SDG dapat dilaksanakan menjelang 2030, namun kerjasama semua pihak termasuk sektor swasta dan seluruh rakyat Malaysia diperlukan bagi memastikan kejayaannya.
Sidang kemuncak anjuran Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan PBB itu berjaya menarik lebih 2,000 peserta.
Ia bertujuan mengkaji semula kemajuan SDG di negara ini dan berkongsi amalan terbaik, menyediakan platform pelbagai pihak berkepentingan untuk mengenal pasti strategi dalam usaha untuk menangani isu kritikal utama.
Yang turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar; Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof; Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim serta Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia, Singapura dan Brunei, Stefan Priesner.
Madiha Abdullah
Wed Nov 06 2019
Menurut Tun, biarpun kerajaan berusaha keras dalam memastikan SDG dapat dilaksanakan menjelang 2030, namun kerjasama semua pihak termasuk sektor swasta dan seluruh rakyat Malaysia diperlukan bagi memastikan kejayaannya. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.