KUALA LUMPUR: Pengenalan 'kadar harga jalan' iaitu bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam zon sesak di bandar besar disifatkan antara langkah terbaik dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di ibu negara.
Ini berikutan pendekatan yang juga dikenali sebagai 'caj kesesakan' itu telah lama dilaksanakan di bandar luar negara antaranya Singapura; London, United Kingdom; Stockholm, Sweeden dan Milan, Itali.
Langkah untuk masa panjang ini juga bertujuan mengurangkan perjalanan waktu puncak, mengurangkan kesesakan jalan raya serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, namun adakah pengguna jalan raya di Kuala Lumpur bersedia sekiranya ia dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun akan datang selepas sistem jaringan pengangkutan awam siap sepenuhnya?
Mengulas mengenai isu itu, Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Madya Marlina Suzana Jaafar berkata walaupun lebih selesa membawa kereta sendiri, masyarakat perlu sedar kenderaan pensendirian merupakan punca utama kepada kesesakan.
Jelasnya, penambahan atau pelebaran jalan raya juga bukanlah satu solusi kepada pengurangan kesesakan malah ia menambahkan lagi bilangan kereta persendirian yang akan memburukkan situasi.
Langkah itu termasuk mempersiapkan infrustruktur di sekitar pusat bandar dan kawasan perumahan bagi membolehkan penggunaan pelbagai mod mobiliti lain termasuk basikal, skuter, dan berjalan kaki selain memperkenal zon rendah karbon.
"Secara kesimpulannya, penambahbaikan adalah harus menuju ke arah 'modal split' atau 'modal share' iaitu penggunaan semua mod pengangkutan seperti tren dan berbasikal secara seimbang.
"Walaupun ramai yang berpandangan bahawa ia tidak sesuai dilakukan di negara kita yang panas, tetapi dengan adanya kreativiti kita mampu mewujudkan infrustuktur yang selesa bagi menarik pengguna menggunakan mobiliti tersebut," katanya.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kerajaan dijangka mempertimbangkan melihat semula struktur bayaran meletak kereta di dalam bandar setelah projek Transit Aliran Massa (MRT) 3 siap kelak.
Ini termasuk melihat keperluan untuk mengenakan fi alam sekitar dan bayaran kesesakan kenderaan apabila sistem jaringan pengangkutan awam yang sudah lengkap diwujudkan.
Pandangan sama turut dikongsikan Pensyarah Kanan, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Safizahanin Mokhtar yang menyarankan kajian menyeluruh dan projek perintis caj kesesakan perlu dilaksanakan terlebih dahulu seperti yang dilakukan di bandar utama luar negara.
"Mengambil contoh pelaksanaan caj kesesakan di kota London, ia mengambil tempoh 10. tahun kajian terperinci termasuk mengkaji pergerakan pengguna dari lokasi tertentu dan diikuti beberapa kawasan dipilih untuk dilaksanakan percubaan projek itu.
"Pada awalnya ada bantahan, namun perlaksanaan itu dilakukan secara perlahan sehingga pengguna sendiri merasai impak iaitu pengangkutan awam bas secara tiba-tiba lebih efektif mengikut jadual perjalanan kesan tiada kesesakan trafik, sekali gus memupuk pengguna memilih mod pengangkutan alternatif," katanya.
Dalam pada itu, berdasarkan laporan Road Traffic Volume Malaysia (RTVM) 2018 yang disediakan oleh Kementerian Kerja Raya, beliau berkata kualiti jalan raya utama di ibu kota berada antara tahap D (sederhana) dan tahap F (gagal) untuk menampung bilangan kenderaan disebabkan pertambahan yang tinggi sehingga berlakunya kesesakan teruk.
Beliau berkata ini pula disokong dengan laporan daripada 'The Asean Secretariat' pada 2017 yang menyatakan rakyat Malaysia memiliki kenderaan persendirian kedua tertinggi iaitu sebanyak 896.7 kenderaan bagi 1,000 penduduk selepas Brunei berbanding Thailand, Indoensia dan Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022
Pendekatan yang juga dikenali sebagai 'caj kesesakan' itu telah lama dilaksanakan di bandar luar negara antaranya Singapura; London, United Kingdom; Stockholm, Sweeden dan Milan, Itali. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Pelaksanaan caj kesesakan di KL, bersediakah kita?
Pengenalan 'kadar harga jalan' iaitu bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam zon sesak di bandar besar disifatkan antara langkah terbaik dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu negara.
Pengambilalihan tol: Ini fakta sekilas pandang
Kerajaan akan mengambil alih empat konsesi tol dari Gamuda Berhad, bernilai RM6.2 bilion. Bagaimana ia akan dilaksanakan?
Pas minta tol percuma di empat lebuh raya dikaji
Naib Presiden Pas Idris Ahmad berkata kerajaan sepatutnya menimbang memansuhkan kutipan ketika waktu puncak, bukan dari 11 malam hingga 5 pagi.
Kerajaan cadang ambil alih 4 tol Lembah Klang, tetapi...
Bagaimanapun, jika berjaya mengambil alih, Kerajaan akan memperkenalkan caj kesesakan untuk waktu puncak selama enam jam sehari.